Saturday, 10 December 2016

Minggu 11 : Refleksi Individu




Assalamualaikum w.b.t

Refleksi Individual Terhadap Pembelajaran Minggu ke-11

WAN TEH NUR AMIRAH BT WAN NORULIZMAN ; AC2204D ; 2015135455

Pada hari ini (22 November 2016) saya telah mempelajari bahawa ternyata terdapat pelbagai asas dalam hubungan etnik menurut Islam. Hubungan etnik saya fikirkan cukup sekadar kita mengenali, memahami serta boleh bekerjasama dengan etnik lain. Namun, ternyata itu hanyalah sebahagian kecil sahaja dalam asas hubungan etnik menurut Islam. Selain, mengenali, memahami dan kerjasama, terdapat perkara lain lagi seperti saling melindungi, persaudaraan dan kasih sayang. Sebelum kita menghakimi sesuatu etnik atau kaum, sehendaknya kita menyelidik dahulu perkara sebenar sebelum membuat sebarang keputusan atau menyebarkan ke mana-mana media massa seperti yang kerap berlaku pada masa sekarang.

Oleh itu, saya berazam untuk megukuhkan pemahaman saya tentang etnik lain. "Saya tiada kawan etnik lain" bukan lagi satu alasan kerana pada zaman teknologi ini, segalanya mudah didapati hanya dengan hujung jari.

*SEKIAN TERIMA KASIH*

NOOR AISYAH BT ROSDI ; AC2204D ; 2015182443


Pada hari ini (22/11/2016) saya mempelajari salah satu asas dalam hubungan etnik iaitu Al-tafahum. Al-tafahum bermaksud mengenal dan memahami sesuatu budaya etnik yang lain. Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan Al-tafahum dikalangan masyarakat dan antaranya ialah gotong-royong perdana, aktiviti beriadah dan rukun tetangga. Aktiviti-aktiviti ini dapat member peluang kepada semua masyarakat di sesuatu kawasan untuk berhimpun selain itu dapat bertegur sapa dan nasihat menasihat satu sama lain.

Oleh itu, saya berazam untuk meningkatkan al- tafahum dalam diri saya untuk mengelakkan sebarang salah faham dan pergaduhan antara etnik dan kaum.

*SEKIAN, TERIMA KASIH*


KHAIRUL BARIYYAH BT MOHAIDIN ; AC2204D ; 2015140761

Pada hari ini (22 Nov 2016) saya mempelajari maksud istilah-istilah yang menjadi tonggak dalam menjaga hubungan etnik yang pelbagai. Salah satunya ialah Al-Mas'uliyyah iaitu bermaksud tanggungjawab. Ini boleh diaplikasi kepada pemimpin-pemimpin di mana tanggungjawab pentadbiran haruslah diutamakan dan bukannya kepentingan peribadi. Seorang pemimpin mestilah tidak mudah termakan dengan tipu daya dunia yang cuba menghasutnya supaya melupakan tanggungjawabnya.

Oleh itu, saya berazam untuk mengamalkan sifat tanggungjawab dalam segala situasi, walaupun saya memimpin ataupun bukan, agar objektif dapat dicapai.

*SEKIAN TERIMA KASIH*

NUR AIDA SYAKILA BINTI MOHAMED ABDUL FATAH ; AC2204D ; 2015126069

Pada hari ini (22 Nov 2016), berdasarkan perbentangan yang dibentangkan oleh rakan-rakan sekelas saya, saya telah mempelajari mengenai asas hubungan etnik menurut Islam, yang saya ingin ketengahkan disini ialah Al- Taaruf iaitu berkenal-kenalan dalam kehidupan sosial masyarakat Islam. Dimana, bagi saya, proses taaruf yang berlaku didalam masyarakat tidak akan pernah berakhir kerana ianya proses yang berterusan dalam kehidupan seharian. Ia juga sangat digalakkan di dalam agama Islam untuk membentuk masyarakat majmuk yang harmoni. Di bumi ini, Allahh SWT menciptakan manusia berbagai rupa, etnik dan bangsa supaya manusia dapat hidup berbaik antara satu sama lain dan hidup dalam suasana yang sejaahtera.

Oleh itu, saya berazam untuk memperkembangkan proses taaruf dalam kehidupan saya, supaya say lebih mengenali orang yang dekat dengan saya dan sekaligus menambah kenalan dan rakan.

*SEKIAN TERIMA KASIH*

FARAH HANUM BINTI MD ISA ; AC2204D ; 2015134779


Pada hari ini (22/11/2016), saya mempelajari tentang Sirah Rasulullah S.W.T. dan Sahabat. Banyak cerita atau peristiwa penting yang membawa saya mengingati sirah Rasulullah S.W.T. dan Sahabat. Pada zaman Rasulullah S.A.W. badinda menekankan tentang agama (akidah) dan akhlak. Rasulullah S.W.T. juga menggalakkan umatnya membaca,mencatat,menghafal dan mentafsir.Terdapat tiga zaman para Sahabat iaitu Zaman Khalifa’ Ar-Rasyidin (pengumpulan al-Quran,pembukuan dan menetapkan mashaf) ; Zaman Bani Umaiyah (menekankan ilmu pengetahuan) dan Zaman Bani Abbasiyah (merupakan zaman kegemilangan umat Islam).

Oleh itu, saya berazam untuk mempelajari dan memahami Sirah Rasulullah S.W.T. dan Sahabat. Mengetahui sirah dapat meningkatkan keimanan,ilmu pengetahuan dan akhlak.Sirah ini juga menarik dan juga mempunyai pelbagai nilai murni yang dapat diterapkan dalam kehidupan.


*SEKIAN TERIMA KASIH*

NAJIHA NISA BINTI MOHD NOR SHUHAIMI ; AC2204D ; 2015137021

Pada hari ini (22 Nov 2016) apa yang saya pelajari ialah, tenaga pengajar merupakan seseorang yang sangat berharga kerana mereka yang dapat membawa saya keluar dari kegelapan. Ketiadaan mereka dalam pembelajaran akan membuatkan pelajar dalam kekeliruan, walaupun masih ada pelajar yang boleh membantu siapalah mereka jika ingin dibandingkan dengan seorang tenaga pengajar. Oleh itu, saya akan lebih menghargai setiap tenaga pengajar yang mengajar saya pada masa akan datang.

*SEKIAN TERIMA KASIH*

No comments:

Post a Comment