Saturday, 10 December 2016

Kerja Mingguan Minggu ke - 8

1) Nilaikan ekonomi Malaysia




Hutang negara

2013 – RM 284.7 billion
2014 – RM 763 billion
2015- RM 582 billion
Awal 2016 – RM 630.5 billion

Secara rawaknya, hutang negara meningkatkan dari tahun ke tahun mengakibatkan kestabilan negara terjejas. Salah satu sebab utama hutang negara meningkatkan ialah akibat kegawatan ekonomi.

Keluaran dalam negara kasar antara negara
 (2014 hingga awal tahun 2015)
NEGARA
2014 (%)
AWAL 2015 (%)
RR CHINA
7.4
6.8
INDIA
5.8
6.3
FILIPINA
6.1
6.4
INDONESIA
5.0
5.6
MALAYSIA
6.0
5.5
THAILAND
0.7
4.0
KOREA
3.3
3.8
CHINA TAIPEI
3.7
3.6
HONG KONG SAR
2.3
3.2
SINGAPURA
2.9
3.5

Berdasarkan jadual di atas, negara Malaysia adalah antara negara yang mempunyai peratusan KDNK yang tinggi dikalangan negara di Asia Tenggara.


Kadar kemiskinan negara pada tahun (1997-2012)

TAHUN
BANDAR
LUAR BANDAR
1970
24.6
58.6
1980
17.5
45.8
1990
7.5
21.8
1999
3.3
14.8
2002
2.3
13.5
2004
2.5
11.9
2007
2.0
7.1
2008
2.0
7.7
2009
1.7
8.4
2012
1.0
3.4


2) Adakah Zakat bertujuan untuk membasmi kemiskinan??


Zakat mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi kemiskinan dan menjamin keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui mekanisma agihan semula kekayaan dalam masyarakat.Zakat merupakan suatu pendapatan yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa dilaksanakan oleh sesebuah negara Islam dan ianya tidak akan terhenti. Oleh itu, negara Islam dapat menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan ekonomi, sosial, pendidikan dan akhirnya dapat membina kekuatan Umat Islam secara tidak langsung membina kesatuan Ummah yang jitu. Masalah membasmi kemiskinan merupakan tujuan utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan saraan hidup dan modal yang mencukupi bagi golongan yang layak menerimanya. 

     Walaubagaimanapon di Malaysia,zakat ianya sekadar untuk menolong individu tertentu yang layak untuk merimanya demi kelangsungan (survival) hidupnya dan bukanlah untuk mereka menjauhi dari dibelenggu kemiskinan. Hal ini kerana zakat bukan 100% untuk orang fakir dan miskin.Orang-orang yang layak unrtuk menerima zakat ialah golongan asnaf,orang yang sedang menuntut ilmu, musafir,mualaf dan amil zakat. 

3) Penambahbaikan keadaan sekarang mengikut cara Pembangunan Rasulullah SAW 

Cara pembangunan yang dijalankan oleh Rasulullah SAW, ialah pembangunan cara Islam yang terbaik kerana segala jenis pembangunan yang dijalankan mempunyai tujuan yang mendatangkan kebaikan kepada ummah sejagat dan cara tersebut disampaikan secara langsung daripada Allah SWT. Jadi, pembangunan atau modenisasi dapat definasikan sebagai pembangunan modal insan yang mencakupi aspek pembangunan rohai, spiritual dan material. Walaupun material iaitu kekayaan harta – benda di dunia yang bersifat sementara, Islam menekankan supaya kekayaan serta pembangunan material digunakan sebaik mungkin supaya dapat memberi manfaat kepada manusia dunia dan akhirat. Jadi, untuk menjalankan pembangunan yang diredhai dan dirahmati Allah SWT, setiap individu hendaklah memastikan semangat kearah modenenisasi (material) itu seiring dengan pembangunan rohani, dan spiritual 

Dengan mencontohi cara pembangunan Rasulullah SAW, kita boleh melakukan perubahan dari segi politik. Menurut Abbas Bin Aqqad seorang journalis dari Jordan, mengatakan bahawa penaklukan Muhammad merupakan penaklukan keimanan dan kekuatan Muhammad itu ialah kekuatan keimanan baginda. Apa yang dapat disampaikan disini ialah keimanan Rasulullah SAW begitu kuat sehingga kan penaklukan baginda di kawasan sekitar Kota Mekah merupakan penaklukan yang bertujuan untuk menyebarkan Islam. Selain itu, semasa berpolitik dalam menyebarkan Islam di Kota Mekah  Rasulullah SAW telah didatangi seorang pemuda Quraisy bernama Atabah bin Rabiah yang menggoda baginda dengan kenikmatan dunia seperti harta, pangkat, darjat dan wanita. Tetapi dengan tenang Rasulullah SAW menjawab bahawa mustahil baginya meninggalkan misi kenabian yang suci hanya kerana fitnah duniawi yang murah. Apa yang dapat diaplikasi disini ialah sebagai seorang pemimpin, kita hendaklah memastikan apa yang kita lakukan itu mestilah membawa kebaikan kepada orang lain tidak kira untuk didunia ataupun akhirat. Dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri teladan, pemimpin hendaklah bersifat jujur dan berintegriti dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin. Mereka hendaklah mengelakkan rasuah yang akan menjatuhkan negara sendiri demi kesenangan individual. Jika rasuah berleluasa dalam politik sesebuah negara maka, sukar bagi sesebuah negara itu untuk maju dan membangun dari segi material yang seiring dengan rohani dan spiritual. Jikalau sesebuah negara itu maju, kekayaan negara tersebut hanya akan dapat dirasai oleh sesebuah golongan sahaja kerana masalah yang berleluasa. Oleh itu, dengan mengikut cara Rasulullah SAW berpolitik, masalah seperti rasuah dapat dielakkan dan negara dapat membangun dengan jayanya.

Selain itu, pembangunan zaman sekarang dapat ditambah-baikan dengan mengikut cara pendidikan ketika di zaman Rasulullah SAW. Ketika dizaman Rasulullah SAW, baginda sangat menekankan pendidikan dari segi aqidah, syariah dan akhlak. Aqidah bertujuan untuk menanam keimanan dengan padu di dalam hati. Akhlak pula bertujuan untuk mengajar umatnya bersifat kemasyarakatan. Manakala syariah pula berkaitan dengan ketetapan yang Allah perintahkan kepada hamba – hambaNya seperti solat, haji dan zakat. Selain itu, Rasulullah SAW juga menyeru umatnya untuk mempelajari bidang pendidikan yang lain seperti mempelajari bahasa asing, membaca dan penulisan, dan pendidikan fizikal. Rasulullah SAW menekankan tiga aspek utama iaitu aqidah, syariah dan akhlak ini berbanding aspek yang lain kerana baginda hendak memastikan umatnya melahirkan insan yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan melalui bimbingan agama, akhlak, akal, emosi dan kemahiran. Kita dapat mengaplikasikan cara pendidikan Rasulullah SAW dalam menambah-baik situasi zaman sekarang. Jika hendak dibandingkan antara sistem pendidikan sekarang dan sistem pendidikan zaman Rasulullah SAW, sistem pendidikan sekarang lebih menekankan subjek berkaitan fardhu kifayah manakala fardhu ain dipandang enteng dan asal mengikut syarat sahaja. Untuk melahirkan sebuah negara membangun yang seiring dengan rohani, spiritual yang sihat, kita hendaklah mengutamakan pendidikan yang dapat melahirkan generasi yang berhati mulia, berintegriti dan bertanggungjawab. Pendidikan seperti ini hendaklah diterapkan didalam minda anak muda seawal usia yang mungkin. Seiring dengan pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini bertujuan untuk ketika mereka dewasa nanti, segala ilmu fardhu kifayah yang dipelajari dapat dilihat dari sudut dan perspektif yang mengagungkan kebesaran Allah SWT. Saya yakin generasi seperti ini dapat memperbaiki dunia yang semakin liberal dan mementingkan pembangunan material sahaja. 

Akhir sekali, kita boleh mengikut cara pembangunan ekonomi Rasulullah SAW, saya yakin ini akan membantu menambahbaikan keadaan zaman sekarang. Seperti yang kita tahu Rasulullah SAW terkenal dengan panggilan Al – Amin oleh kerana sikap baginda yang sangat jujur ketika berniaga. Selain itu, ketika baginda menjadi pemimpin,  Rasulullah SAW menjalankan sistem ekonomi yang berdasarkan syariat islam dan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasul. Menurut Al – Quran, ketika terlibat dalam urusan ekonomi kita hendaklah menetapkan komitmen yang tinggi terhadap etika dan norma. Dan setiap daripadanya hendaklah adil dan kesaksamaan. Setiap kegiatan yang dilakukan hendaklah berkonsepkan maslahat dan berpandukan ukhuwah islamiyah. Kita boleh mengaplikasikan cara Rasulullah SAW berekonomi pada zaman sekarang. Sebagai contoh masyarakat yang berkuasa banyak mengambil kesempatan dengan bersikap kronisme dimana mereka hanya memberi peluang berniaga kepada pihak tertentu sahaja. Ini sudah menunjukkan bahawa berlakunya ketidakadilan dan diskriminasi terhadap pihak yang lain. Malahan, perkara ini akan memberi impak yang besar kepada negara kerana negara yang membangun datang daripda rakyat sejagat yang maju dan membangun. Jika kekayaan negara hanya dimiliki oleh sesetangah pihak, bagaimana sesebuha negara itu hendak membangun.  Hal ini tidak akan berlaku jika kita mengamalkan cara Rasulullah SAW dalam berekonomi, bersikap adil dalam setiap perkara dan mementingkan kemakmuran sejagat lebih daripada memuaskan nafsu sendiri. 

Konklusinya, kita hendaklah mencontohi cara Rasulullah SAW dalam setiap perkara. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW itu diwahyukan oleh Allah SWT. Kita juga sedia maklum bahawa apa yang diperintahkan oleh Allah SWT itu memberi kebaikan kepada semua golongan tidak kira pangkat, darjat atau kekayaan. 















No comments:

Post a Comment