Tuesday, 6 December 2016

Kerja Mingguan Minggu ke - 7


1) Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957

Penetapan tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 ditentukan selepas Tunku Abdul Rahman Putra, Haji Sulaiman Palestin, Haji Ahmad Badawi dan beberapa pemimpin UMNO lain meminta pandangan Sheikh Abdullah Fahim, Ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Menurut Sheikh Abdullah Fahim, sekiranya Inggeris tidak memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 maka tarikh bersesuaian ialah pada 31 Ogos 1962. Tarikh 31 Ogos 1957 dalam bahasa Arab "Am Khir Atana" yang bermaksud "Tahun Baik Datang Kepada Kita". - ARKIB NEGARA MALAYSIA
 Tiada peristiwa atau bukti yang sahih menunjukkan kenapa kemerdekaan diawalkan kepada tahun 1957.



2) RUU 355


Pengenalan 


Akta 355 adalah suatu akta untuk memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah yang ditubuhkan bawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.


- Tahun 1965 : Ditubuhkan dan dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)  1965.Hukuman yang tersenarai dalam akta ini ialah denda RM1,000 dan penjara 6 bulan.
- Tahun 1984 :Pindaan yang pertama untuk meluaskan lagi kuasa menghukum Mahkamah Syariah kepada tiga    tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.
- Tahun 1989 :Pindaan kedua untuk diluaskan ke Sabah dan Sarawak

- Tahun 1997 :Pindaan terakhir, tetapi pada tafsiran sahaja dan ia digelar Akta Tafsiran (Pindaan)  1997.

* Kesemua pindaan bermula tahun 1984, 1989 dan 1997 diusulkan oleh pihak kerajaan.

- Tahun 2016 :Pertama kali dibawa secara usul persendirian oleh yang berhormat anggota parlimen Marang yang bertujuan untuk meluaskan lagi bidang kuasa hukuman yang dibenarkan oleh Mahkamah Syariah, kecuali hukuman mati.


RUU 355 bukan hudud !!

Matlamat utama pindaan ini adalah untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan memberi ruang kepada profession kehakiman syariah. Kenyataan ini jelas bahawa RUU 355 ini bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah sahaja, bukannya hudud.

Enakmen jenayah negeri Kelantan dan Terengganu sahaja yang mempunyai hukuman hudud. Ia hanyalah sebuah cadangan perubahan aturan undang-undang yang sangat bersifat prosedural yang melibatkan mahkamah bawah bidang kuasa persekutuan. 


Antara soalan-soalan yg sering ditanyakan RUU 355 

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 6 bulan dan denda RM1000. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan kepada penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.


2. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:
Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

3. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.

Jawapan:
Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi (Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudah ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.



                3) Ringkasan Peristiwa Keranda 152

           Secara ringkas nya Peristiwa Keranda 152 menceritakan tentang perjuangan bangsa melayu dalam memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang tertakluk didalam perlembagaan Malaysia iaitu didalam perkara 152 iaitu bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. 

         Perjuangan ini dilakukan oleh sederombolan pencinta Bahasa Melayu agar dapat melihat Bahasa Melayu menduduki tempat yang utama di tanah air sendiri. Bahasa Melayu antara lain harus digunakan secra meluas dalam pelbagai urusan termasuk komunikasi, perniagaan, pendidikan, wacana dan sebagainya. Selepas setahun Malaysia mencapai kemerdekaan, Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan oleh kerajaan untuk memartabatkan lagi Bahasa Melayu.

           Walaubagaimanpun, perkara ini tidaklah seperti apa yang diharapkan oleh segerombolan pencinta bahasa Melayu ini. Hal ini demikian kerana, mereka berpendapat bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat dan pentadbiran masih belum dilaksanakan. Dimana pada ketika itu, bidang perundangan masih menggunakan bahasa Inggeris didalam sebagai bahasa perantara. Selepas iu, muncullah dan tercetuslah sajak dan keranda 152. Pada 3 Mac 1967 bertempat di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perarakan Keranda 152 telah pun di langsungkan sebagai tanda protes atau simbol kematian bahasa melayu apabila bahasa melayu tidak digunakan sebagai bahasa pengantar di dalam pentadbiran dan masyarakat.


          Perarakan ini bertujuan untuk menzahirkan rasa hampa kerana Bahasa Melayu tidak diletakkan sebagai bahasa pengantar seperti yang tertakluk didalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Perkara 152 merupakan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum di Malaysia.



i) Perarakan Keranda 152 yang Pertama


Berlaku pada 3 Mac 1967, bertujuan memberi impak yang besar dan menunjukkan bahawa bahasa melayu masih utuh didalam sejarah satera, politik dan sosial. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membuktikan masih lagi wujud segerombolan besar rakyat yang masih cintakan Bahasa Melayu dan ingin mempraktikannya di dalam kehidupan seharian.


ii) Perarakan Keranda 152 yang Kedua


Berlaku pada 7 Mac 2009 di mana empat puluh dua tahun selepas perarakan yang pertama. Perarakan ini telah menyebabkan Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di mansuhkan pada tahun 2012. Mereka berpendapat bahawa program ini dilihat sebagai satu lagi usaha meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan tinggi dan moden di negara sendiri.


4) Rasional agama Islam, Bahasa Melayu dan Institusi beraja dalam Perlembagaan Malaysia.


Perkara 3: Agama Islam adalah Agama Persekutuan
Perkara 152: Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Institusi Beraja
Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga zaman Penjajahan Inggeris.
Menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
Bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain.



Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.
Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara berabad lamanya.
Simbol kesetiaan dan perpaduan 
Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam tidak diganggu dan urusan agama Islam diserahkan kepada Raja-raja Melayu.
Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari.
Menjaga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Sesuai dengan takrif Melayu ; Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, fasih berbahasa Melayu dan mengamalkan adat Istiadat Melayu.
Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal Negara Malaysia.



5) Perbandingan Perlembagaan Malaysia dengan Piagam Madinah

  • Perbezaan
PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Diasaskan oleh Rasulullah s.a.w berdasarkan al-Quran dan Sunnah dan mengandungi 47 fasal.
Dibentuk oleh Suruhanjaya Reid dengan nama awalnya Perlembagaan Persekutuan dan mengandungi 183 perkara.
Fokusnya ialah mengekalkan perpaduan dan menjaga hubungan masyarakat Islam dengan bukan Islam di Madinah.
Fokusnya untuk mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat selain menjamin dan menjaga keamanan negara.
Merupakan undang-undang bertulis pertama di dunia.
Dibentuk pada tahun 1956 jauh selepas Piagam Madinah.
Mengutamakan kesefahaman dan persaudaraan orang Islam dengan bukan Islam.
Mengutamakan kedudukan orang Melayu dengan yang bukan Melayu.
Menetapkan Ketua Negara di Madinah ialah Rasulullah s.a.w dan segala masalah boleh dirujuk baginda.
Menetapkan kedudukan raja-raja Melayu untuk dirujuk, selain Perdana Menteri.


  • Persamaan: 
1.     Agama Islam adalah agama persekutuan.
2.     Agama lain bebas diamalkan. Setiap individu juga tidak boleh dipaksa untuk menghadiri upacara agama lain selain agama mereka.
3.     Perkara-perkara yang ditetapkan di dalam Perlembagaan mempunyai ciri-ciri negara Islam, sama sepeti Piagam Madinah.
4.     Setiap individu tidak kira agama mereka layak mendapat perlindungan hak asasi.

*SEKIAN TERIMA KASIH


No comments:

Post a Comment