- PEMERINTAHAN
Zaman Kesultanan Melayu Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh. Mereka menubuh dan menguatkuasakan undang - undang (Perlembagaan Melaka) yang memberi keadilan kepada rakyat dan para pedagang Zaman Kesultanan Melayu Melaka juga mengaplikasikan Hukum Kanun Melaka dan Undang - Undang Laut Melaka yang berteraskan Islam. Perlembagaan ini banyak menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan dalam sistem pemerintahan Melaka ketika itu. Keharmonian dapat berlaku juga disebabkan sikap pemerintah yang penuh diplomasi dan terbuka
Bukti keharmonian terserlah dalam perlantikan jawatan penting dalam kerajaan yang terbuka kepada semua etnik. Antara bukti ysng diperoleh ialah Raja Mendeliar yang berketurunan India pernah dilantik memegang jawatan penting di istana sultan. Selain itu, keharmonian terserlah dengan perkahwinan campur yang berlaku di antara pemerintah Melaka dan keluarga pemerintah dari rantau yang berlainan seperti perkahwinan Sultan Mansor Shah dengan Puteri Hang Li Po ; anak perempuan pemerintah negara China.
Sultan Mansor Shah dan Puteri Hang Li Po
( Gambar Hiasan )
- PERUNDANGAN
Rakyat dan para pedagang hidup aman dan damai kerana Melaka ketika itu mengamalkan sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran yang cekap. Undang - Undang Kanun Melaka yang disokong dengan Undang - Undang Laut Melaka digunakan untuk menjaga keselamatan laut di Melaka dari ancaman perompak dan lanun. Ini menjadikan Melaka aman dan selamat untuk berdagang dan berniaga. undang - undang yang ditubuh dan diaplikasikan dapat memberi jaminan yang tinggi terhadap keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan penduduk dan para pedagang.
Undang - Undang Laut Melaka
Hukum Kanun Melaka
- PERDAGANGAN
Ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka, para pedagang tidak memerlukan passport dan visa untuk berdagang, ini menjadikan Melaka berkembang menjadi pelabuhan yang maju dan terpenting di dunia ketika itu. Ketika itu berlakunya Zaman Pluraliti, dimana penghijrahan anutan agama berlaku secara semula jadi dan tanpa paksaan. Ini membuktikan keharmonian kerana para pedagang dapat berkomunikasi secara langsung dengan penduduk tempatan. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila pedagang Arab, Cina, India dan Nusantara melalui proses asimilasi dengan penduduk tempatan, mereka bergaul dengan penduduk tempatan dan menerima sistemnya dengan baik.
Perdagangan Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka
(Gambar Hiasan)
- BUDAYA
Budaya yang diamalkan ketika itu dapat mencerminkan keharmonian masyarakat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bukti keharmonian yang paling jelas dapat dilihat apabila Masyarakat Melaka menyerap masuk budaya Islam dalam hidup mereka dengan baik. Mereka menggunakan nama Arab dan mengaplikasikan budaya dari Arab atau Islam seperti Majlis Khatam Al - Quran dan marhaban. Selain itu, pengaruh agama Hindu turut memberi impak pada kebudayaan masyarakat zaman ini. Sebagai contoh, adat bersanding, bunga manggar, bunga telur. Ini membuktikan keharmonian dalam pelbagai kaum ketika Zaman Melayu Melaka.
Menepung Tawar merupakan budaya Hindu yang diamalkan masyarakat Melayu sehingga sekarang
(Gambar Hiasan)
- SOSIAL
Bukti keharmonian kaum pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dari segi sosial dapat dilihat dengan wujudnya kelas dalam masyarakat seperti raja, bangsawan, dan rakyat bawahan yang diambil dari konsep masyarakat India






No comments:
Post a Comment