Tuesday, 6 December 2016

Minggu 10 : Refleksi Individu





Assalamualaikum w.b.t

Refleksi Individual Terhadap Pembelajaran Minggu ke-10


WAN TEH NUR AMIRAH BT WAN NORULIZMAN ; AC2204D ; 2015135455

Pada hari ini (15 November 2016) saya telah mempelajari kegigihan Rasulullah SAW. menyatupadukan kaum di Madinah. Baginda tidak pernah mengalah walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi. Antara usaha Rasulullah SAW ialah menyatupadukan kaum Aus dan Khazraj serta mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Saya sungguh kagum melihat ketaatan Baginda dan tidak pernah sekalipun berputus asa. Walaupun Baginda ditawarkan dengan pelbagai perkara seperti perempuan, pangkat dan harrta namun Baginda tidak berganjak sedikit pun.

Oleh itu, saya berazam untuk menjadi insan yang tidak mudah berputus asa. dan sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas dan redha. Saya akan cuba tidak merungut apabila terdapat halangan yang kecil mahupun besar ketika melaksanakan sesuatu tugas.

*SEKIAN TERIMA KASIH*

KHAIRUL BARIYYAH BT MOHAIDIN ; AC2204D ; 2015140761

Pada hari ini (15 Nov 2016) saya telah mempelajari tentang sifat peribadi Tun Dr. Mahathir semasa zaman beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau adalah seorang yang rajin menimba ilmu tanpa mengira bidang, berdisiplin, berpandangan jauh dan terbuka, serta tegas dalam bertindak. Sifat peribadi beliau ini telah menyumbang kepada kejayaan beliau mentadbir Malaysia dan rakyatnya dengan baik.

Oleh itu, saya berazam untuk menjadikan sifat beliau sebagai teladan dan contoh untuk saya ikuti. Saya berharap agar peribadi saya akan lebih baik dengan nilai-nilai yang dimiliki Tun.

*SEKIAN TERIMA KASIH*

NOOR AISYAH BT ROSDI ; AC2204D ; 2015182443

Pada hari ini (15/11/2016), saya mempelajari tentang tokoh melayu moden. Tokoh melayu moden yang telah dinbincangkan didalam kelas ialah Tun Dr Mahathir Mohammad. Beliau seorang yang rajin menimba ilmu dari muda hingga sekarang. Beliau juga seorang yang rajin dan berdisiplin dalam apa jua perkara. Beliau juga mempunyai ketegasan bertindak dan berpandangan jauh. Antara sikap-sikap ini lah beliau mampu mentadbir negara selama 20 tahun.

Oleh itu, saya berazam untuk mencontohi sikap-sikap yang ada pada Tun Dr Mahathir untuk kegunaan agama, bangsa dan negara.

*SEKIAN TERIMA KASIH*

FARAH HANUM BINTI MD ISA ; AC2204D ; 2015134779

Pada hari ini (15/11/2016),saya perolehi maklumat tentang survival melayu. Survival melayu ialah langkah-langkah yang dilakukan untuk membantu kaum Melayu dan Bumiputera dalam aspek pendidikan.ekonomi,sosial dan politik. Survival ini ditubuhkan semenjak merdeka sehingga kini seperti Dasar Ekonomi Baru, penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan penyatuan parti politik seperti UMNO.PAS dan PKR.Dengan bantuan dari segi kewangan juga banyak disediakan untuk menggalakkan Melayu menceburi pelbagai bidang pekerjaan dan meningkatkan kos sara diri.

Oleh itu, dengan pelbagai langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan saya berazam untuk menggunakan kemudahan tersebut dengan cara baik. Selain itu, saya juga ingin menabur bakti kepada negara.

*SEKIAN TERIMA KASIH*

No comments:

Post a Comment