CTU 555
KERTAS KERJA PROJEK
MENGENALI DAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR
AHLI KUMPULAN :
1) NOOR AISYAH BINTI ROSDI (2015182443)
2) WAN TEH NUR AMIRAH BINTI WAN NORULIZMAN (2015135455)
3) KHAIRUL BARIYYAH BINTI MOHAIDIN (2015140761)
4) FARAH HANUM BINTI MD ISA (2015134779)
5) NUR AIDA SYAKILA BINTI MOHAMED ABDUL FATAH (2015126069)
6) NAJIHA NISA BINTI MOHD NOR SHUHAIMI (2015137021)
DISEDIAKAN UNTUK :
PUAN MAHFUZAH MOHAMMED ZABIDI
1.0 PENGENALAN
Tajuk yang kami perolehi ialah
mengenali dan memelihara alam sekitar, flora dan fauna. Alam sekitar
termasuklah segala benda hidup dan juga bukan hidup yang terdapat
secara semula jadi di bumi atau sebahagian daripadanya. Terdapat beberapa
komponen utama dalam alam sekitar. Yang pertama ialah ia merupakan unit
landskap yang berperanan sebagai sistem semula jadi tanpa campur tangan
manusia, termasuk flora dan fauna, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena
semula jadi yang berlaku seperti gempa bumi, letupan gunung api, tsunami dan
lain-lain. Ia juga merupakan sumber semula jadi serta fenomena fizikal yang
tidak mempunyai batasan tertentu seperti iklim, air, udara, sinaran, cas
elektrik, kemagnetan, serta tenaga yang tidak terlibat hasil daripada aktiviti
manusia. Menurut Kamus Dewan, flora membawa
maksud tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada suatu masa
dan fauna pula bermaksud seluruh binatang yang hidup di suatu tempat. Alam
sekitar memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia.
Kehidupan manusia dengan alam sekitar adalah
saling bergantung. Terdapat beberapa kepentingan alam sekitar kepada manusia
dan salah satunya ialah keadaan alam sekitar yang besar dapat menjamin
kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana alam sekitar membekalkan udara kepada manusia. Seterusnya,
alam sekitar yang bersih dan yang dijaga juga dapat menjadi salah satu tarikan
pelancong asing dengan sistem pelancongan eko. Ketiga, alam sekitar merupakan pembekal
udara yang segar ini kerana pokok-pokok membekalkan udara yang segar. Akhir
sekali, alam sekitar yang dalam keadaan yang baik juga dapat menjamin ekosistem
yang stabil. Walaupun alam sekitar terdapat banyak kepentingan kepada manusia
tetapi segelintir manusia memandang enteng kepentingan alam sekitar dan
bertindak untuk tidak menjaga alam sekitar terutamanya flora dan fauna.
2.0 ISU SEMASA DAN PENYELESAIAN
2.1 Isu
Pembalakan Haram Sarawak.
Hasil kajian yang telah kami pilih ialah berkaitan isu
pembalakan haram yang semakin berleluasa pada masa kini. Menurut kajian
pembalakan haram menyebabkan air sungai menjadi keruh dan cetek, seterusnya menyebabkan
bekalan air semakin berkurangan dan kehidupan air turut terjejas. Kehidupan
flora dan fauna juga akan kehilangan tempat tinggal dimana banyak kehidupan
liar akan berkeliaran di jalanan, perkampungan dan turut memusnahkan kebun
penduduk yang terdekat. Kesan kedua ialah kesan rumah hijau. Kesan rumah hijau
menyebabkan suhu bumi meningkat kerana kurang nya oksigen yang dibekalkan oleh
tumbuhan. Gas karbon dioksida yang terlampau tinggi akan menyebabkan suhu bumi
meningkat dan mengakibatkan penipisan ozon bumi.
Penyelesaian:
Diharapkan pihak berkuasa sama ada dari pihak
kerajaan mahupun pihak swasta mewartakan lebih banyak hutan simpan dan berharap
pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu yang
bersalah bukan dengan hanya menutup sebelah mata dan menunding jari antara satu
sama lain.Seterusnya dengan harapan semua pihak akan menjalankan tanggungjawab
masing-masing demi mengekalkan kestabilan alam sekitar seperti tidak membuang
sampah di hutan, tidak membunuh haiwan terlarang dan tidak bakar atau menebang
hutan.
2.2 Isu Pembuangan
Sisa Kimia
SEREMBAN 30
Nov. - Pembuangan sisa bahan kimia ke dalam sungai dikesan menjadi punca
pencemaran bau pada sumber air mentah yang menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA)
Sungai Linggi kerap ditutup sepanjang bulan ini. "Kekerapan penutupan LRA
Sungai Linggi pada bulan November berpunca daripada tindakan pihak tidak
bertanggungjawab membuang sisa bahan kimia ke dalam sungai yang merupakan
sumber air mentah utama sebelum dirawat dan diagihkan kepada pengguna di negeri
ini. Pembuangan toksik turut menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar seperti air,tanah, udara
dan laut. Selain itu, menjejaskan
keindahan semula jadi dan turut menjejaskan agensi pelancongan kerana pelancong
tidak mahu datang melawat ke Malaysia.
Penyelesaian:
Kaedah loji mesra
alam iaitu melupuskan semua sisa yang digunakan secara menyeluruh, menghasilkan
tenaga daripada sisa untuk boleh digunakan bagi tujuan lain dan tidak
mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Seterusnya sisa minyak pelincir dan
sisa minyak yang dihasilkan dari kerja-kerja pembaikpulih perlu dikendalikan
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan kaedah lain yang
dapat mengatasi buangan domestik ialah menyediakan tangki takungan bawah tanah
yang dirawat. Sehubungan dengan itu, langkah-langkah tegas perlu diambil untuk
mengurangkan kadar penghasilan sisa domestik terutama sekali polisterin dan beg
plastik yang memberi impak yang besar dan boleh menjejaskan alam sekitar.
2.3 Isu
Pembakaran Terbuka
Pembakaran terbuka sering terjadi di
kawasan pertanian. Kebanyakan negara membangun
lebih gemar mengambil jalan mudah, seperti mengamalkan "tebas dan
bakar" (slash and burn), ini bukan saja membuatkan satu-satu kawasan hutan
lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya
mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara
tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan flora dan fauna.
Penyelesaian:
Pihak berkuasa hendaklah memberitahu
dan memaklumkan orang awam tentang kesan pembakaran terbuka. Ini kerana, tidak
semua orang arif tentang kesan pembakaran hutan. Tindakan mereka dengan
sewenang – wenangnya membakar sampah, rumput – rumput kering lebih – lebih lagi
pada waktu kering amatlah tidak rasional dan tidak bertanggungjawab. Jadi,
pihak yang berkuasa tempatan hendaklah menjalankan kempen seperti iklan dan
poster tentang pembakaran hutan dan kesannya sekali.
3.0 FAKTOR- FAKTOR BERLAKU PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA :
Terdapat beberapa faktor berlakunya pencemaran alam sekitar dan kepupusan flora dan fauna, salah satunya ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai. Hal ini kerana mereka ingin menjimatkan kos pembuangan sisa tetapi mereka tidak memikirkan akibatnya terhadap alam sekitar. Seterusnya, kurangnya tindakan yang tegas terhadap sesetengah individu atau organisasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti seperti pembalakan, pembakaran terbuka dan membuang sisa toksik di dalam sungai atau laut. Pihak berkuasa ada ambil tindakan tetapi tindakan tersebut tidak terlalu tegas untuk mereka memberhentikan aktiviti pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Akhir sekali, faktor yang paling utama ialah individu-individu yang memandang enteng tentang aktiviti-aktiviti pencemaran dengan tidak membuat aduan sekiranya aktiviti-aktiviti itu dilakukan ditempat mereka.
Walaupun terdapat beberapa faktor berlaku pencemaran alam sekitar dan kepupusan flora dan fauna tetapi yang paling penting ialah bergantung kepada diri individu tersebut untuk mempunyai kesedaran untuk melakukan aktiviti-aktiviti untuk menjaga dan memelihara alam sekitar.
4.0 KOMITMEN MEMELIHARA ALAM SEKITAR, FLORA DAN FAUNA :
3.0 FAKTOR- FAKTOR BERLAKU PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA :
Terdapat beberapa faktor berlakunya pencemaran alam sekitar dan kepupusan flora dan fauna, salah satunya ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai. Hal ini kerana mereka ingin menjimatkan kos pembuangan sisa tetapi mereka tidak memikirkan akibatnya terhadap alam sekitar. Seterusnya, kurangnya tindakan yang tegas terhadap sesetengah individu atau organisasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti seperti pembalakan, pembakaran terbuka dan membuang sisa toksik di dalam sungai atau laut. Pihak berkuasa ada ambil tindakan tetapi tindakan tersebut tidak terlalu tegas untuk mereka memberhentikan aktiviti pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Akhir sekali, faktor yang paling utama ialah individu-individu yang memandang enteng tentang aktiviti-aktiviti pencemaran dengan tidak membuat aduan sekiranya aktiviti-aktiviti itu dilakukan ditempat mereka.
Walaupun terdapat beberapa faktor berlaku pencemaran alam sekitar dan kepupusan flora dan fauna tetapi yang paling penting ialah bergantung kepada diri individu tersebut untuk mempunyai kesedaran untuk melakukan aktiviti-aktiviti untuk menjaga dan memelihara alam sekitar.
4.0 KOMITMEN MEMELIHARA ALAM SEKITAR, FLORA DAN FAUNA :
Selagi kita terus mengamalkan sikap negatif dan acuh tak
acuh dalam mengekalkan alam sekitar yang bersih, indah dan tidak tercemar, maka
kita sendiri akan menerima padahnya. Oleh itu usaha-usaha untuk memelihara alam
sekitar perlu diberi perhatian dan melibatkan oleh semua pihak.
Setiap pihak mesti mengambil berat terhadap isu semasa
dan masalah yang dihapati berkaitan pemusnahan dan kerosakkan alam sekitar.
Jika terdapat atau mengetahui aktiviti-aktiviti ini,haruslah segera membuat
aduan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan
World Wildlife Fund (WWF). Aduan sangat penting bagi mengelakan kemusnahan
terus berleluasa terutama di kawasan pedalaman. Langkah awal ini mesti
melibatkan setiap individu .
Antara usaha yang praktikal ialah mengitar semula barang
terpakai.40 peratus sampah sarap seperti tin,besi buruk ,botol,kertas dan
barangan plastik boleh dikitar semula.
Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum kita dapat mengurangkan 4,360
tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok .Dengan mengitar semula
barang terpakai dapat mengelakan pencemaran udara, tanah dan alam sekitar. Jika
terdapat banyak sampah-sarap juga akan mengakibatkan pandangan negatif daripada
pelancong asing dan negara lain.
Selain
itu,elakkan pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka mestilah dihalang melalui
penguatkuasaan undang-undang memandangkan proses pembakaran akan meningkatkan
karbon dioksida seterusnya akan menyebabkan kesan rumah hijau.Kesan rumah hijau
pula akan menyebabkan pemanasan global.Tuntasnya jika pembakaran terbuka dapat
dibendung maka alam sekitar pasti terpelihara.
Akhir
sekali,semua pihak mestilah menyahut seruan kerajaan dalam program tanam semula
pokok.Sebagai contoh,Kempen Tanam 26 Juta Pokok Menjelang 2015,Kempen Hari Bumi
,Kempen Tanam 50 Jenis Pokok Hutan UPM 2011 dan Kempen Tanam Pokok Bakau Melaka
2010. Pokok-pokok terutamanya bagi Hutan Hujan Topika amat penting untuk
menyerap karbon dioksida yang dilepaskan oleh kenderaan,kilang dan pembakaran terbuka.
Tegasnya program tanam semula pokok mestilah dilakukan dengan konsisten agar
alam sekitar dapat diselamatkan daripada pemanasan global.Jangan terhantuk baru
tengadah,cuaca panas di Cameron Higlands wajar menjadi iktibar kepada
semua pihak agar lebih serius dalam memelihara alam sekitar.
Kesimpulannya,
semua pihak tanpa mengira umur,sektor swasta atau kerajaan perlu
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memelihara , memulihara
alam sekitar yang semakin terancam pada hari ini sehingga menyebabkan banjir,tanah
runtuh dan pelbagai bencana alam yang lain.Sesungguhnya alam sekitar ini
bukanlah milik kita,tetapi dipinjamkan oleh generasi yang akan datang.Oleh itu,
kita mestilah amanah dalam menjaga dan memelihara alam sekitar,flora dan fauna.
Tidak dapat dinafikan, keadaan alam sekitar
memegang peranan yang besar dan penting dalam memastikan makhluk-makhluk di
bumi ini dapat meneruskan hidup dengan selesa, aman, dan sejahtera. Oleh itu,
sebagai penghuni alam yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t ini, manusia iaitu khalifah di muka bumi ini mempunyai
hak dan tanggungjawab sama rata untuk mengurus, menjaga, dan memakmur alam ini.
Tugas menjaga alam ini tidak sepatutnya hanya diletak di atas bahu suatu pihak
sahaja, tetapi setiap seorang individu haruslah sama-sama mengambil berat
kerana kesannya akan dirasa dan ditanggung bersama juga. Jika ada segelintir
pihak yang berbuat baik terhadap alam sekitar, kesan dari perbuatan baik itu
akan tersebar ke seluruh dunia. Begitu juga jika berlaku sebaliknya, kesan dari
itu tetap juga akan dikongsi bersama makhluk bumi dari setiap pelosok dunia.
Maka dengan itu, sentiasalah diingat bahawa setiap perbuatan kita pasti ada
kesannya. Pilihlah perbuatan yang akan mendatangkan kesan yang baik kerana
bukan hanya kita sahaja yang akan terlibat, malah setiap makhluk di dunia turut
terkena tempiasnya.






No comments:
Post a Comment