Assalamualaikum w.b.t
Refleksi Individual Terhadap Pembelajaran Minggu ke-9
KHAIRUL BARIYYAH BINTI MOHAIDIN : 2015140761 : AC2204D
Pada hari ini (8 Nov 2016) saya mempelajari bahawa perkataan nasionalis merujuk kepada seseorang yang sangat sayang akan negaranya. Sifat tersebut bagus dan patut dimiliki oleh semua individu. Namun begitu, kita tidak boleh bersifat nasionalis yang terlalu kuat sehingga mengabaikan masalah negara lain, seperti menghalang pelarian yang datang berlindung ke negara ini. Jika kita hanya memikirkan tentang kemaslahatan negara kita sahaja, ini tidak akan memenuhi tuntutan Islam iaitu kita mesti menjaga hubungan dengan Allah dan juga manusia, dan membina ukhuwah sejagat. Sebelum kita boleh menjadi seorang warganegara yang baik, kita mesti terlebih dahulu menjadi seorang insan yang baik.
Oleh itu, saya berazam untuk mengambil berat tentang negara lain serta cuba untuk membantu warga lain selain warga Malaysia, dengan cara memberi upah berkebun atau memotong rumput di rumah. Dengan itu, upah yang diberi akan dilihat sebagai balasan skil mereka dan bukannya bantuan simpati semata-mata. Mungkin bantuan saya berskop kecil dan tidaklah seberapa, tetapi setidak-tidaknya mereka berpeluang untuk meneruskan hidup.
*SEKIAN TERIMA KASIH
NUR AIDA SYAKILA BINTI MOHAMED ABDUL FATAH : 2015126069 : AC2204D
Pada hari ini ( 8 November 2016) saya telah mempelajari bahawa untuk mencapai negara yang maju, tahap pemikiran sesuatu masyarakat itu haruslah selaras dengan pembangunan global yang berlaku sekarang. Maksud saya disini ialah, kita pastinya tidak mahu, jika hanya negara sahaja yang maju, tetapi pemikiran rakyatnya masih kolot dan masih di takuk lama atau dalam kata lain, kita mahu negara yang maju secara zahir dan batin. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa apabila pegangan ekuiti melayu tidak mencapai 30 % menjelang proses pembentukan negara melayu, boleh menyebabkan bangsa melayu sendiri menjadi orang gaji di negara sendiri.
Oleh itu, saya berazam untuk mengubah cara pemikiran saya secara lebih rasional dan cuba untuk berfikir secara positif, kritikal dan kritis menjelang pembentukan negara maju pada tahun 2020. Saya juga akan berusaha untuk menjadi salah seorang daripada peningkatan ekiti bangsa melayu apabila saya telah berjaya kelak. InsyaAllah.
*SEKIAN TERIMA KASIH
NAJIHA NISA BINTI MOHD NOR SHUHAIMI : 2015137021 : AC2204D
Pada hari ini ( 8 November 2106 ) saya telah mempelajari bahawa Islam ini bersifat menyeluruh. Islam mengaplikasikan semua jenis cara asalkan tidak bertentangan dengan syariah. Segala apa yang dilakukan hendaklah mengikut landasan yang betul dan diredhai Allah SWT. Oleh itu, saya berazam untuk sentiasa mencari keredhaan Allah SWT dalam setiap apa yang dilakukan. Selain itu, saya juga belajar bahawa akidah manusia itu sangat penting dalam melakukan apa jua perkara. Rohani manusiaitu sendiri penting sebelum individu tersebut memacu diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Jad, saya berazam untuk menjaga dan menambahbaikan akidah agar menjadi manusia yang berguna untuk bangsa dan agama.
NOOR AISYAH BINTI ROSDI : 2015182443 : AC2204D
Pada hari ini ( 8 November 2016) saya telah mempelajari tentang peranan rakyat dalam tauhid berekonomi dan peranan rakyat dalam menjamin kestabilan politik. Dalam tauhid berekonomi, peranan manusia ialah jangan mencari harta yang haram, manusia perlu sedar bahawa harta milik Allah SWT dan manusia berperanan untuk menjaga dan rakyat perlu mempunyai ukhwah sesama sendiri kerana sistem ekonomi Islam membawa kepada perpaduan dan keseimbangan sosial. Manakala dalam kestabilan politik, rakyat berperanan untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya dengan tidak memburukkan nama mana-mana parti polotik dan memilih parti politik yang benar dan layak.
Oleh itu, saya berazam untuk menjadi rakyat Malaysia yang menjalankan peranan-peranan itu dalam berekonomi dan dalam menjamin kestabilan politik.
*SEKIAN TERIMA KASIH
Pada hari ini ( 8 November 2016) saya telah mempelajari tentang betapa pentingnya suara rakyat. Seperti yang kita sedia maklum, negara kita iaitu Malaysia mengamalkan demokrasi. perkara ini dapat dilihat apabila pemimpin negara dipilih berdasarkan undian rakyat. Namun, majoriti tidak semestinya adalah kebenaran. Selain itu, rakyat Malaysia inginkan pelbagai perubahan dilakukan dari pelbagai aspek tetapi usaha yang dilakukan sama ada tidak mencukupi atau hanya ala kadar sahaja. Usaha tersebut dikatakan dari kedua-dua pihak iaitu rakyat mahupun pemimpin. Sekiranya ingin mencapai Wawasan 2020 seperti yang diwarwarkan, rakyat mahupun pemimpin hendaklah sama-sama berusaha ke arah wawasan tersebut dan jangan hanya mengharap dari sebelah pihak sahaja.
Oleh itu, saya berazam untuk menjadi rakyat yang menyumbang untuk melakukan perubahan dalam Malaysia. Dari segi pemimpin pula, saya akan megundi mereka yang saya yakin mampu membawa Malaysia ke arah lebih maju. Namun buat masa sekarang, saya hanya mampu berdoa pemimpin di kala ini akan lebih berusaha mengenali rakyat dan suara hati mereka.
*SEKIAN TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment