Wednesday, 2 November 2016

Minggu 8 : Refleksi Individu






Assalamualaikum w.b.t

Refleksi Individual Terhadap Pembelajaran Minggu ke-8


NUR AIDA SYAKILA BINTI MOHAMED ABDUL FATAH ; AC2204D ; 2015126069

Pada hari ini (1 November 2016 ) saya telah mempelajari bahawa Undang- undang dalam Islam terdapat 3 pembahagian utama iaitu Qisas dan diyat, hudud dan ta'zir. Berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan di dalam syariat Islam ini, apa yang saya dapat simpulkan ialah, ianya merangkumi semua aspek yang bertujuan untuk memenuhi maqasid syariah dalam agama Islam dan selain  sebagai pelindung hak yang sedia ada umat Islam. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang terbesar yang masih boleh di gubal mengikut kesesuaian masa. Perlembagaan Malaysia juga berfungsi sebagai sumber panduan yang tertinggi untuk di jadikan rujukan pada masa hadapan. Berdasarkan Perlembagaan Malaysia juga, bagi pendapat saya ianya digubal bertepatan dan berlandasan syariat yang telah di tetapka oleh agama Islam dan bertepatan dengan maqasid syariah iaitu menjaga agama.

Dengan itu, saya berazam untuk sentiasa patuh kepada undang-undang yang telah ditetapkan di negara ini sama ada dari segi undang-undang Islam mahupun undang-undang yang terdapat didalam perlembagaan Malaysia selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam.

*SEKIAN TERIMA KASIH


NAJIHA NISA BINTI MOHD NOR SHUHAIMI ; AC2204D ; 2015137021

Pada hari ini ( 1 November 2016 ) saya telah mempelajari pelbagai perkara. Antaranya, untuk menghasilkan sebuah negara yang maju dan diredhai Allah SWT ialah mencontohi cara Rasullulah SAW mengendalikan Madinah ketika zaman pemerintahan baginda. Baginda ada berpesan untuk menjadikan sebuah negara itu maju dan diredhai Allah SWT, ianya hendaklah dimulakan dengan akidah seseorang insan terlebih dahulu. Akidah yang terjaga dapat melindungi kita daripada melakukan perkara yang salah dan bertentangan dengan agama. Jadi apa yang perlu saya lakukan ialah memelihara dan menjaga aqidah supaya dapat melahirkan generasi yang berpandukan ajaran Rasullulah SAW pada masa akan datang.

Selain itu, saya dapat mempelajari lebih mendalam tentang Hukum Hudud. Hukum Hudud merupakan hukuman yang ditentukan sendiri oleh Allah SWT. Sebagai contoh bagi mencuri hukumannya potong tangan dan lain – lain. Namun begitu, hukuman ini tidak sewenang – wenangnya dikenakan kepada pihak yang bersalah. Walaupun hukuman ini merupakan hukuman daripada Allah SWT, banyak proses yang perlu dijalankan sebelum hukuman dijatuhkan. Keadaan sekeliling juga hendaklah diambil kira sebelum proses penjatuhan hukuman berlaku. Banyak individu yang masih lagi jahil tentang perkara sebegini. Jadi saya berazam untuk memberi pencerahan kepada kenalan saya tidak kira keluarga, ataupun kenalan bahawa Hukum Hudud ini bukan lah hanya penjatuhan hukuman sahaja. Hukum Hudud juga merupakan hukuman yang dijalankan untuk menjaga kesejahteraaan yang sudah ada

*SEKIAN TERIMA KASIH



NOOR AISYAH BINTI ROSDI ; AC2204D ; 2015182443
       
Pada hari ini (1 november 2016) saya telah mempelajari perbezaan Piagam Madinah dan perlembagaan Malaysia. Piagam Madinah memfokuskan kepada perkara antara orang Islam dan orang bukan Islam manakala perlembagaan Malaysia fokus kepada Melayu dan bukan Melayu. Selain daripada itu, saya juga mempelajari tentang persamaan Piagam madinah dan perlembagaan Malaysia. Antaranya ialah hak mendapat perlindungan, kebebasan beragama dan lain-lain lagi. Perlembagaan Malaysia walaupun tidak mempunyai label Islam disitu tapi ia masih bercirikan Islam.
     
Oleh itu, saya berazam untuk sentiasa terus mengkaji dan mempelajari tentang perlembangaan Malaysia dan Piagam Madinah untuk terus memahami mengapa peraturan- peraturan seperti terkandung didalam Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia itu dibuat.

*SEKIAN TERIMA KASIH



FARAH HANUM BINTI MD ISA ; AC2204D ; 2015134779


Pada hari ini (1.11.2016), saya mempelajari kita sebagai bakal pemimpin negara haruslah bertanggungjawab untuk memikir masa hadapan negara. Jangan mudah terleka atau merasakan anda tidak membawa pengaruh kepada negara. Setiap orang perlu mengambil bahagian untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan selari dengan masyarakat yang bertemadun dari segi akhlak dan perbuatan. Hal ini kerana kemajuan negara mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Jadi negara memerlukan tenaga orang muda atau remaja untuk merancang masa hadapan Malaysia seperti kerajaan melancarkan Wawasan 2020 sejak daripada  kepimpinan Bekas Perdana Menteri (Tun Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad). Wawasan 2020 bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Maka dengan ini saya berazam untuk memikirkan apakah sumbangan saya kepada negara .Ini juga membawa semangat dalam diri saya untuk mencintai tanah air kita iaitu Malaysia. Kita harus memajukan Malaysia untuk membasmi kemiskinan dan jenayah yang semakin berleluasa.

*SEKIAN TERIMA KASIH.


WAN TEH NUR AMIRAH BINTI WAN NORULIZMAN; AC2204D ; 2015135455


Pada hari ini (1.11.2016), saya mempelajari bahawa terdapat beberapa persamaan antara piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia. Walaupun tidak ketara, tapi masih boleh dilihat. Ini menunjukkan bahawa negara kita sebenarnya adalah islamik. Walaupun terdapat beberapa perbalahan mengenai perkara ini, tetapi apabila diteliti Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia, kita boleh lihat beberapa persamaan antara kedua-duanya.


Oleh itu, saya berazam untuk menjaga nama baik Malaysia sebaik mungkin sebagai sebuah negara Islam. Walaupun saya tiada kuasa untuk melakukan secara besar-besaran, paling kurang yang saya boleh buat adalah dengan melakukannya secara individual terlebih dahulu.

*SEKIAN TERIMA KASIH.

KHAIRUL BARIYYAH BINTI MOHAIDIN ; AC2204D ; 2015140761

Pada hari ini (1 Nov 2016) saya mempelajari bahawa isi kandungan Rang Undang-undang 355 bukanlah mengusulkan agar hudud dilaksanakan di Malaysia, sebaliknya cuma mengusulkan yang bidang kuasa Mahkamah Syariah ditambah sehingga hukuman mati. Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah ketika ini ditetapkan pada 3 tahun penjara, rm5000 denda, 6 kali sebatan. Saya juga mempelajari bahawa perkara yang dianggap remeh seperti melanggar lampu isyarat merah adalah melanggar undang-undang Islam juga iaitu kerana membahayakan nyawa orang lain.


Oleh itu saya berazam untuk mengikuti kisah Rang Undang-undang 355 ini sehingga diterimapakai dalam sistem perundangan di Malaysia. Selain itu, saya juga ingin berusaha memikirkan nyawa orang lain semasa memandu, selari dengan undang-undang di Malaysia dan Islam.

*SEKIAN TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment