Monday, 31 October 2016

Minggu 7 : Refleksi Individu





Assalamualaikum w.b.t


Refleksi Individual Terhadap Pembelajaran Minggu ke-7


FARAH HANUM BINTI MD ISA ; AC2204D ; 2015134779


Pada hari ini (26.10.2016), di dalam kelas CTU 555 saya pelajari tentang bagaimana penduduk di Tanah Melayu ingin mencapai kemerdekaan. Terutama masyarakat melayu ketika itu mengorbankan tenaga anak-anak muda, wang dan keluarga untuk menuntut kemerdekaan daripada British. Pada minggu ini kami banyak memperlajari peristiwa-peristiwa penting negara seperti Malayan Union 1945 dan Rombongan Perdana Menteri kita yang pertama,Tunku Abdul Rahman, ke London.Melalui peristiwa ini,baru saya tahu bahawa betapa besarnya pengorbanan mereka semua untuk menuntut kemerdekaan. Masyarakat melayu ketika itu, begitu berani melantangkan suara kepada British bagi menuntut hak mereka di bumi Tanah Melayu.

 Dengan ini, saya ingin terus mewarisi semangat perjuang tanah air kita untuk mebawa Malaysia sebagai negara yang disergani dan dikenali seluruh dunia seperti semasa kegemilangan Tanah Melayu.


* SEKIAN, TERIMA KASIH.



NUR AIDA SYAKILA BINTI MOHAMED ABDUL FATAH ; AC2204D ; 2015126069


Pada hari ini ( 26 October 2016), saya telah mempelajari mengenai proses pengubalan undang-undang di Malaysia. Melalui tajuk ini, apa yang saya dalam simpulkan ialah, untuk sesuatu undang-undang itu diwartakan, ia perlu menjalani beberapa proses yang rumit dan sangat teliti. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Malaysia, saya tidak akan sesekali mempertikaikan undang-undang yang telah diwartakan kerana, untuk mencipta undang-undang itu sendiri sangat rumit, dan saya percaya, sebelum  ia diwartakan, ahli-ahli di parlimen telahpun membahaskan kesan-kesan yang akan berlaku jika sesuatu undang-undang itu diwartakan.

Dengan ini saya berazam untuk, sentiasa patuh kepada undang-undang yang telah ditetapkan di Malaysia supaya tidak timbul apa-apa isu yang boleh menyebabkan sesuatu masyarakat di Malaysia ini berpecah atau kehilangan keharmonian di negara ini. Selain itu, saya juga berazam untuk fikir dahulu dengan semasak-masaknya sebelum memilih calon yang patut saya undi di pilihan raya akan datang. 


* SEKIAN, TERIMA KASIH.



KHAIRUL BARIYYAH BINTI MOHAIDIN ; AC2204D ; 2015140761


Pada hari ini (26 Okt 2016) saya mempelajari perkara-perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia serta fasal-fasal mengenai Piagam Madinah. Terdapat beberapa perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia bertujuan memelihara hak orang Melayu dan agama Islam agar tidak terlupus atau terbiar. Piagam Madinah yang merupakan undang-undang bertulis pertama di dunia bertujuan mengharmonikan penduduk Madinah dalam jangka masa yang panjang. Saya juga baru mengetahui bahawa syarat yang ditetapkan oleh British untuk Tanah Melayu merdeka sepatutnya 2 tahun selepas rombongan ke London Dato' Onn Jaafar, namun diawalkan kepada setahun.

Oleh itu saya berazam untuk mengetahui lebih banyak tentang sejarah bukan sahaja di Malaysia, malah di mana saja Islam berada. Ini adalah untuk menganalisa sama ada pemerintahan di Malaysia berlandaskan Al-Quran dan Sunnah seperti Piagam Madinah ataupun mempunyai rompong yang tidak lengkap dan perlu diubah atau ditambah demi kemaslahatan masayarakat.


* SEKIAN, TERIMA KASIH.


NOOR AISYAH BINTI ROSDI ; AC2204D ; 2015182443



Pada hari ini (26 okt 2016) saya mempelajari tentang perkara - perkara yang terkandung dalam perlembagaan negara Malaysia. Antaranya ialah agama Islam sebagai rasmi negara, bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan negara Malaysia, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera dan lain lain lagi. Selain itu, saya juga mempelajari kedudukan perlembagaan negara adalah undang-undang negara yang tertinggi dan tiada institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembagaan.

Oleh itu, saya berazam untuk lebih mempelajari perlembagaan Malaysia agar saya dapat memahami pro dan kontra nya dengan lebih mendalam.


*SEKIAN TERIMA KASIH




WAN TEH NUR AMIRAH BT WAN NORULIZMAN ; AC2204D ; 2015135455

Pada hari ini (26 okt 2016), saya mempelajari betapa besarnya jasa tokoh-tokoh kemerdekaan dalam mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu sehingga boleh dipercepatkan dari tahun 1958 ke 1957. Bukan mereka sahaja, tidak lupa juga kepada rakyat Malaysia pada waktu itu yang sanggup berbuat pelbagai perkara demi menentang penjajahan. Mereka mampu menunaikan syarat untuk mendapatkan kemerdekaan dengan begitu efisien dan efektif. Hanya dengan beberapa situasi, kita boleh lihat betapa sukarnya untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tanah yang sedang kita diami sekarang ini.

Oleh itu, saya berazam untuk meningkatkan semangat patriotik bagi menghargai jasa serta pengorbanan rakyat Malaysia pada zaman tersebut untuk mendapatkan kemerdekaan. Sesungguhnya, tanpa mereka, tiadalah sebuah negara yang dinamakan Malaysia.

*SEKIAN TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment