Setakat mana pengaruh
Hindu-Buddha ke atas masyarakat Melayu Awal
·
Berdasarkan teori Prof. Syed Muhammad
Naquib al-Attas
o
Kepercayaan kepada
Alam Mitos
§ Pemikiran orang Melayu pada waktu tersebut
penuh dengan khayalan terhadap dewa dan raksasa seperti dalam ajaran agama Hindu-Buddha.
§ Malah, Bahasa Melayu dijadikan sebagai medium
untuk wadah pengukapan dan penyebaran epik mitos dan roman.
·
Terdapat pelbagai kesan dan
pengaruh Hindu-Buddha terhadap masyarakat Melayu Awal. Antaranya ialah:
o Politik
§ membolehkan kedudukan raja
sangat penting dalam menentukan kebahagiaan kehidupan di dunia dan di dunia
akan datang.
§ Kepercayaan kepada Buddha
dan keyakinan terhadap sifat ketuhanan membolehkan raja dihormati dan ditaati.
§ Pembahagian kasta
berdasarkan hiraki berikut: Brahmin, Kesatria, Vaisya, Sudra, Harijan.
o Undang-undang
§
Raja dianggap sangat istemewa kerana kedudukan Raja yang
mempunyai kredibiliti sebagai jelmaan dewa-dewa.
§
Oleh kerana itu, apa sahaja yang diucapkan oleh Raja adalah
merupakan undang-undang yang mesti dipatuhi.
§
Malahan terdapat juga
kanun diraja dan kanun rakyat yang bersandarkan kuat kepada kitab dharmasastras
(kanun manu) dan kitab arthasastreas (permasyoran politk).
§
Jika dibandingkan kedua-dua jenis undang-undang ini, kanun
diraja lebih utama dan kuat diresapi oleh penaruh Hindu-Buddha kerana golongan
aristokrat lebih menerima pakai unsur-unsur agama dan budaya dari India demi
kepentingan kedudukan mereka yang prestij itu.
o
Ekonomi
§
Pada zaman tersebut Raja dianggap pemerintah
yang wajib ditaati. Rakyat ataupun masyarakat daripada strata bawahan terpaksa
membayar ufti dengan hasil pekerjaan mereka kepada Raja melalui pegawai-pegawai
Raja yang dilantik khas untuk melaksanakan kutipan cukai daripada rakyat kelas
bawahan.
§
Ajaran Buddha juga menganjurkan raja sebagai cakravin atau raja yang memerintah di
dunia atas apa jua kekuatan sama ada agama ataupun ketenteraan (politik dan
ekonomi).
o
Kesusasteraan
§
Unsur mitos dalam kesusasteraan klasik Asia
Tenggara-hasil pengaruh sastera India seperti epic Ramayana, Mahabharata &
Puranas.
§
Epik Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama
manakala epic Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun unsure tempatan
seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Samba.
§
Kedua-dua epik ini telah mempengaruhi cerita
lisan dan teater seperti wayang kulit.
o
Budaya
§
Melenggang perut-bertujuan untuk meletakkan
kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian
kepala di pintu rahim.
§
Berinai- Pengantin perempuan akan
memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan.
Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari
manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja.
§
Membelah mulut bayi-upacara mencecah garam ke
mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini bersamaan dengan adat Hindu
yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan oleh
Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam
hidupnya. Tapi bagi Islam, adat ini diganti dengan mencecapkan air
zam-zam atau kurma ke dalam bibir bayi tersebut.
No comments:
Post a Comment