Assalamualaikum w.b.t
Refleksi
Individual Terhadap Pembelajaran Minggu ke-5
FARAH HANUM BINTI MD ISA ; AC2204D ; 2015134779
Pada hari ini (11.10.2016), saya mempelajari sebahagian topik 2. Antara yang saya pelajari ialah tentang Kerajaan Melayu Awal (Kedah Tua, Chih-Tu- Tanah Melayu ,Gangga Negara - Bandar Gangges , Berluas, Termasik - Bandar Laut, Santubong). Banyak sejarah yang saya perolehi bagi meningkatkan ilmu sejarah asal-usul kerajaan awal. Kedah Tua merupakan antara kerajaan melayu terawal iaitu pada abad ke-5 Masihi.Ia merupakan pengeluar padi dan menjadi persinggahan pelayar. Antara kedudukannya terletak di Lembah Bujang ,Gunung Jerai dan Sungai Mas.Kedah Tua juga mempunyai hubungan dengan India dengan penemuan pelbagai jenis manik yang merupakan barangan Idia ,Sri Lanka dan Burma.Terdapat juga pengaruh daripada India kerana terdapat monumen seperti arca, candi dan patung.Melalui sejarah sedikit sebanyak dapat membuka minda saya tentang sejarah yang telah lama saya tinggal semasa sekolah.
Maka dengan ini ,saya berazam untuk mendalami ilmu sejarah terutama tentang Tanah Melayu (Malasyia) kerana ini merupakan tanah air saya ,yang saya tradisi daripada nenek moyang saya berkurun abad. Dengan ini dapat menaikkan rasa cinta kepada negara dan insya'allah terus memyumbang bakti kepada keluarga,masyarakat dan negara.
*SEKIAN TERIMA KASIH
NUR AIDA SYAKILA BINTI MOHAMED ABDUL FATAH ; AC2204D ; 2015126069
Pada hari ini (11.10.2016), saya telah mempelajari bahawa, harta kekayaan, pangkat, nama dan kemewahan hidup didunia itu tidak penting sekiranya kita tidak menggunakan nikmat yang Allah S.W.T berikan itu sebagai salah satu alternatif untuk meningkatkan ketakwaan diri kita kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya orang yang bertakwa itu merupakan orang yang paling beruntung dan disayangi oleh Allah dan orang yang bertakwa kepada Allah juga merupakan sebaik-baik hamba-Nya, Selain itu, saya juga mempelajari bahawa, dalam banyak-banyak nikmat yang Allah berikan kepada hambanya, Rasulullah S.A.W merupakan nikmat terbesar yang dikurniakan kepada manusia termasuk saya. Hal ini demikian kerana, dengan ada nya Rasulullah S.A.W agama Islam dan segala ilmu berkaitan Islam, sampai ke pengetahuan saya dan InsyaAllah agama Allah itu akan berkembang hingga ke akhir zaman, Sebagai seorang yang beragama Islam, saya bersyukur kerana saya merupakan salah seorang yang menerima nikmat tersebut,Syukur Alhamdulillah.
Maka dengan ini, saya berazam untuk meneruskan perjuangan saya sebagai seorang umat Rasulullah S.A.W dengan bersyukur dengan apa sahaja yang Allah telah berikan kepada saya, demi untuk menjadi seorang hambanya yang bertakwa dan diterima untuk berada disisinya diakhirat kelak. InsyaAllah.
*SEKIAN TERIMA KASIH
NOOR AISYAH BINTI ROSDI ; AC2204D ; 2015182443
Pada hari ini (11.10.2016), saya telah mempelajari tentang
banyak nilai-nilai murni yang telah diturunkan oleh Allah swt di dalam surah
Hujurat. Selain daripada itu, saya juga belajar tentang antara nikmat yang
paling utama ialah Rasulullah saw kerana tanpa beliau nikmat lain seperti iman
tak akan ada. Saya juga belajar keburukan menggunakan perkataan KALAU untuk sesuatu
yang telah berlaku kerana ia akan membuka pintu syaitan. Maka dengan itu, saya
berazam untuk menjadi insan yang lebih baik dengan mencontohi nilai-nilai murni
yang telah diturunkan oleh Allah swt melalui surah Hujurat. Saya juga akan
lebih belajar dan membaca untuk mengenali Rasullulah SAW agar saya mudah memperoleh
nikmat-nikmat yang lain. Akhir sekali, saya akan mengurangkan dan tidak akan menggunakan
perkataan KALAU untuk perkara-perkara yang lepas. INSYAALLAH
* SEKIAN TERIMA KASIH
WAN TEH NUR AMIRAH BT WAN NORULIZMAN ; AC2204D ; 2015135455
WAN TEH NUR AMIRAH BT WAN NORULIZMAN ; AC2204D ; 2015135455
Pada hari ini (11.10.2016), saya mempelajari bahawa orang Melayu sebenarnya telah lama mampu membina kerajaan sendiri. Contohnya adalah seperti yang kita sedia maklum iaitu Kedah Tua, Srivijaya dan Gangga Negara. Ini menunjukkan bahawa orang Melayu juga mampu berjaya tanpa bantuan luar dan kita bukanlah negara yang dikatakan tidak maju dan sebagainya. Sebaliknya, kita yang banyak membekalkan kayu kayan serta menjadi petunjuk arah bagi pendatang luar. Maka, kita hendaklah berbangga dengan asal usul diri kita sebagai orang Melayu. Pada zaman sekarang, bangsa Melayu sendri yang pandang rendah terhadap bangsa Melayu sedangkan kita sepatutnya saling membantu antara kita.
Selain itu, saya juga mempelajari bahawa kita seharusnya sentiasa bersangka baik(husnudzon) dan menjauhi prasangka buruk(su'udzon). Sikap berprasangka buruk sebenarnya lebih membawa kepada kemudaratan seperti melemahkan silaturrahim. Hal ini adalah kerana tiada manusia yang terlepas daripada melakukan kesilapan. Ya, perkara ini agak sukar apabila kadangkala adanya perasaan ingin tahu dan sebab itulah lebih elok kita nggap sahaja perkara yang baik2 berlaku. Maka dengan ini, saya berazam untuk menjauhi berprasangka buruk dan sentiasa mengamalkan sikap husnudzon.
* SEKIAN TERIMA KASIH
KHAIRUL BARIYYAH BT MOHAIDIN ; AC2204D ; 2015140761
Pada hari ini (11 Okt 2016) saya mempelajari tentang negeri dan kerajaan yang terbentuk sebelum kedatangan agama Islam di Tanah Melayu, antaranya Kedah Tua dan Srivijaya. Ternyata dari zaman dahulu lagi kerajaan sudah terbentuk, di mana berlaku pentadbiran oleh maharaja, aktiviti perdagangan dengan pedagang-pedagang yang datang dari negara luar seperti Timur Tengah, dan juga aktiviti dakwah oleh pedagang Arab yang beragama Islam juga mungkin berlaku pada waktu itu. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa kita tidak boleh berdakwah kepada orang dengan cara yang salah seperti mengintip perlakuan buruk seseorang lalu mengambil kesempatan menegur kesalahan mereka. Saya juga belajar untuk mendamaikan dua pihak yang sedang bergaduh dan tidak boleh berdiam sahaja kerana iblis suka jika saudara sesama Islam bergaduh.
Oleh itu, saya berazam untuk cuba berdakwah apabila masanya sesuai dan di situasi tersebut tidak akan mengaibkan pihak yang salah itu. Saya juga akan merendah diri menerima teguran yang diberikan oleh mereka yang mengambil berat tentang kesalahan saya. Di samping itu, saya tidak akan berpaling seperti tidak melihat rakan yang sedang bergaduh, dan cuba untuk mendamaikan mereka walau dengan cara berhelah.
* SEKIAN TERIMA KASIH
NAJIHA NISA BT MOHD NOR SHUHAIMI ; AC2204D ; 2015137021
Pada (Selasa ; 11 Oktober 2016) saya telah mempelajari pelbagai perkara. Pada awal kelas saya belajar zikir baru yang bermaksud, "Cukup Allah SWT bagi kamu sebagai pelindung kami, dan yang membuka segala kesulitan dan kesusahan" Zikir ini dapat meneguh dan menguatkan lagi hati saya bahawa Allah sentiasa menjaga hamba - Nya ketika dalam kesusahan dan kepada Dia sahaja kita boleh bergantung harap. Saya juga belajar mentafsir Surah Al - Hujurat ayat 8 - 13. Antara pengajaran yang diperoleh ialah mendamaikan orang yang sedang bergaduh, dengan mendamaikan hubungan orang lain kita dapat bertaqwa kepada Allah SWT kerana Allah SWT yang menjaga hubungan diantara manusia. Selain itu, janganlah kita mencemuh, mengaibkan orang lain, amatlah buruk jika kita sudah beriman tetapi kita memberi gelaran yang buruk kepada orang lain. Allah SWT juga menegaskan supaya jauhkan prasangka buruk kepada orang lain dan sebagai masyarakat yang majmuk hendaklah kita menjaga hubungan antara satu sama lain.
Seterusnya, saya juga belajar tentang Sejarah Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu, pluraliti didefinasikan sebagai wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi. Manakala, pluralistik pula wujudnya kepelbagaian bangsa, agam di suatu tempat pada satu masa dan telah dirancang, dipaksakan oleh pihak tertentu dengan berkepentingan. Seterusnya, tentang ciri - ciri dan hubungan kerajaan Melayu Alam seperti Kedah Tua, Beruas dan Temasik dengan Cina, India dan Arab. Disini saya dapat belajar perkataan baru yang mempunyai maksud yang tersendiri.
*SEKIAN, TERIMA KASIH

No comments:
Post a Comment