Monday, 10 October 2016

Kerja Mingguan Minggu ke - 4






TAFSIRAN AYAT AL - QURAN 


        Surah Ar – Rum (Ayat 22)



“ Dan diantara tanda – tanda yang membuktikan kekuasaan – Nya dan kebijaksanaan - Nya ialah menciptakan langit dan bumi, dan perbezaan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan – keterangan bagi orang – orang yang berpengetahuan”


MAKSUD :
  • Dengan bahasa yang berlainan, ada yang berbahasa Arab dan ada yang berbahasa Ajam serta berbagai bahasa yang lain (French, Sepanyol, Thailand dan Melayu)
  • Diantara kalian ada yang berkulit putih, hitam dan lain sebagainya, padahal kalian berasal dari kaum yang sama (lelaki dan perempuan) iaitu dari Nabi Adam dan Siti Hawa.
  • Menunjukkan kekuasaan Allah SWT yang mampu menciptakan pelbagai jenis lapisan masyarakat
  • Bagi orang berakal dan berilmu mampu melihat kekuasaan Allah
  • Dan diantara tanda – tanda kesempurnaan kekuasaan dan Hikmah – Nya, adalah penciptaan langit dan bumi dengan sistem yang sangat indah.
  • Sesungguhnya di dalam hal itu terdapat tanda – tanda yang dapat diambil manfaatnya oleh orang – orang yang memiliki ilmu dan kepahaman.
KONSEP UMMAH MENURUT ISLAM 















BUDAYA ETNIK DI MALAYSIA



ETNIK BABA NYONYA

Keunikan tertera pada pakaian dan perabut masyarakat Baba Nyonya




  • Asal Usul Peranakan Cina

           Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan .Di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya.



Budaya material
  • Pakaian
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.




.

  • Makanan
Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik Dimana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu. Mereka makan dengan tangan  dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini.


Budaya bukan material

  • Bahasa
Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah  golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.

  • Kepercayaan Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawing dan bomoh.Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disambut dengan jin ataupun hantu.
Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau ‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.

  • Tarian
Pada hari tertentu seperti perayaan dan majlis perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya akan mempersembahkan tarian sepertiTarianSinga, Fu Kien Opera dan Dondang Sayang .

Tarian Singa
Fu Kien Opera
Dondang Sayang



Adat Resam
  • Perkahwinan

Seperti kaum lain kaum Baba Nyonya juga turut mempunyai  adap resamnya tersendiri. Perkahwinan kaum ini banyak mengikut cara perkahwinan seperti masyarakat Cina seperti upacara Cheo Thau. Upacara cheo thau dimulakan di rumah pengantin perempuan terlebih dahulu di mana sampai (pengantin lelaki) dan perempuan akan diangkat semasa perarakan sehingga mengadap pintu utama ruang tamu. Seterusnya ibubapa pengantin akan memasang lilin merah di atas meja yang di sediakan. Cheo Thau merupakan satu upacara penyatuan di antara suami isteri.




Upacara Cheo Thau



ETNIK MINANGKABAU


Asal-usul Etnik Minangkabau
Orang Minangkabau merupakan penduduk asal kawasan Sumatera Barat, Indonesia. Pada permulaan abad ke-14, masyarakat Minangkabau tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka kemudian ke Rembau. Minangkabau merupakan gabungan daripada perkataan ‘Minang’ yang bermaksud ‘Menang’ dan ‘Kabau’ bermaksud ‘Kerbau’. Bagi mengelak daripada berperang masyarakat Minangkabau mencadangkan pertandingan beradu kerbau.


Budaya Material

Pakaian
 


Rumah adat

Kraftangan
  • Kain Songket

  • Ukiran kayu


Alat muzik
Masyarakat Minangkabau juga memiliki alat muzik tradisional khas iaitu Saluang. Alat muzik ini diperbuat daripada buluh nipis atau talang. Alat ini mempunyai empat lubang. Saluang dimainkan seperti seruling di mana pemainnya perlu meniup dam menarik nafas untuk mengalunkan muzik.




Masakan
Masyarakat Minangkabau juga menyukai masakan pedas dan banyak menggunakan santan kelapa .Salah satu masakan tradisional Minang yang terkenal adalah rendang, yang mendapat pengakuan dari seluruh dunia sebagai hidangan terlezat.Masakan lain asam pedas, masak lemok cili padi dan dendeng belado.
Rendang Minang

Dendeng Belado

Budaya Bukan Material

Agama
Agama masyarakat Minang adalah agama Islam, dan jika terdapat masyarakatnya keluar dari agama Islam, secara langsung yang  bersangkutan juga dianggap keluar dari masyarakat Minang, dalam istilahnya disebut “dibuang sepanjang adat” .

Bahasa
Bahasa Minangkabau atau dalam bahasa asal, Baso Minang adalah sebuah bahasa Austronesia yang dituturkan oleh kaum Minangkabau di Sumatra Barat dan di barat Riau dan juga oleh mereka yang telah merantau ke bandar-bandar lain di Indonesia.Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu, tetapi berbeza dari segi keunikan sebutan dan tatabahasa.

Adat Resam
  • Adat perpatih

Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. 

Upacara perayaan
Antara upacara perayaan yang dirayakan oleh etnik minangkabau adalah:
  • Turun mandi - upacara memberkati bayi
  • Baralek - upacara perkahwinan
  • Batagak pangulu - upacara pelantikan penghulu. Upacara ini akan berlansung selama 7 hari di mana seluruh kaum kerabat dan ketua-ketua dari kampung yang lain akan dijemput
  • Turun ka sawah - upacara kerja gotong-royong
  • Manyabik - upacara menuai padi

Tarian
1.      Tarian pasambahan

2.      Tarian piring

3.      Silek atau Silat Minangkabau

 
 4.      Tarian Randai



ETNIK IBAN

Tradisi masyarakat iban ini adalah terdiri daripada adat, budaya, kepercayaan, dan kehidupan di rumah panjang. Walaupun kini masyarakat iban kurang dalam mengamalkan amalan dan tradisi nenek moyang mereka dahulu, tetapi adat dan budaya mereka masih diamalkan sehingga kini walaupun dalam bilangan yang sedikit. Adat mereka ini bertujuan untuk menjaga keamaan rumah panjang disamping dapat membina pergaulan dan hubungan yang baik sesama ahli-ahli keluarga di dalam rumah panjang.

Budaya Material

Mencacah badan

Amalan mencacah tubuh atau bertatu menjadi amalan bagi orang Iban. Corak tatu di badannya mereka juga turut berbeza-beza. Perbezaan corak tatu ini untuk membezakan pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak. Gambar di atas merupakan corak tatu kaum Iban. Corak ini dikenali sebagai bunga terung. Corak tatu mereka lebih berunsurkan flora dan fauna seperti bunga terung, burung kenyalang, naga dan banyak lagi. Tatu ini juga menunjukkan keberanian dan pangkat seseorang. Misalnya bagi kaum lelaki, tujuan mereka bertatu ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka pernah terlibat dalam peperangan dan banyak pengalaman. Bilangan tatu di badan juga akan ditentukan dengan jumlah kepala musuh yang di penggal dan di bawa balik daripada memburu (ngayau). Manakala bagi kaum wanita, mereka bertatu untuk menunjukkan kebolehan mereka memasak, menganyam, menari (Ngajat) dan berpantun.




Tatu yang penuh dibahu juga; diamalkan dikalangan lelaki sahaja; melambangkan tanggungjawab besar yang dipikul di dalam sesebuah keluarga. Lelaki yang tidak bertatu dianggap sebagai ‘telanjai’ atau bermaksud seperti rumah yang tidak punyai atap. Terdapat sesetengah corak tatu yang dikhaskan untuk golongan pahlawan sahaja. Dikalangan kanak-kanak berusia 10 atau 11 tahun, tatu ini dicacah menandakan mereka “baru lanjau” iaitu sudah bersedia untuk menyertai aktiviti buruan dan menjadikan mereka kebal. Bagi mereka, pemilihan pasangan hidup samada lelaki atau perempuan juga berpandukan pada bilangan tatu di badan. Ini kerana, makin banyak tatu di badan makin banyak kebolehan dan kemampuan yang mereka ada disamping dapat menarik minat pasangan yang melihat.

   
Kraftangan

Mereka menghasilkan kraftangan yang melambangkan identiti mereka. Antara kraftangan yang dihasilkan ialah pasu dan raga. Kraftangan ini dihasilkan oleh orang wanita. Oleh itu, wanita yang tidak pandai membuat kraftangan dianggap jengkel dan tidak dipandang oleh orang lelaki. Mereka juga membuat pasu dan tempayan. Tanah liat yang telah diuli dibentuk menjadi tembikar. Mereka turut mengukirnya untuk lihat lebih cantik dengan corak-corak yang kreatif. Tempayan ini digunakan untuk menyimpan beras, makanan dan air.


Image result for kraftangan di sarawak

Budaya Bukan Material

Agama

Masyarakat Iban percaya terhadap kepercayaan animisme. Mereka berpegang kepada kepercayaan yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka dahulu. Mereka berpandukan pada "Papan Turai" yang telah ditulis oleh "Tuai Raban Bansa" dengan berpandukan nasihat dari "Manang dan "Lemambang".
Orang Iban percaya bahawa terdapat kewujudan seorang Tuhan iaitu Binsi Petara yang dipercayai mencipta dunia dan alam semesta. Dibawah Tuhan ini terdapat 7 orang dewa iaitu :
 - Dewa peperangan
 - Dewa keagamaan 
 - Dewa perubatan
 - Dewa pertania
 - Dewa penyembuh semulajadi
 - Dewa kekayaan

Orang Iban turut percaya bahawa semua benda hidup mempunyai semangat dan roh mereka masing-masing. Mereka juga turut percaya pada ilmu firasat dan turut bergantung padanya. Contoh ilmu firasat mereka adalah melalui mimpi yang baik atau buruk, binatang bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja  dan hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya. Kini, masyarakat Iban majoritinya adalah penganut agama kristian dan selebihnya ada yang menganut agama lain seperti agama tradisional, Islam, Ateisme dan lain-lain agama.

Perayaan

Perayaan Gawai ini disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut menunjukkan 
bahawa berakhirnya musim menuai padi. Mereka merayakan perayaan ini dengan berkumpul di serambi umum Rumah Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali pokok istiadat. Mereka akan mengenakan pakaian tradisional masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya atau adat nenek moyang mereka. Sewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang disediakan. Perayaan gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang dikenali sebagai tarianNgajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini juga diselitkan dengan meminum arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain.

Dari segi kepercayaan mereka, mereka turut menyediakan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih hasil daripada tuaian yang baik dan menguntungkan. Upacara ini dikendalikan oleh orang yang tertentu sahaja seperti wakil masyarakat. Mantera dibacakan dan darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut. Ngajat lesung ialah sejenis tarian tang dipersembahkan oleh penari yang bersaing ingin menunjukkan kehebatan mereka dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan mengunakan gigi. Apabila ranyai dibuang maka berakhirlah perayaan tersebut.

ETNIK SIKH

Sikhisme atau lebih dikenali sebagai agama sikh adalah sebuah agama monoteistik yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak dan Sembilan orang guru lain di Punjab, India pada abad ke- 15. Agama Sikhisme adalah agama kelima terbesar di dunia iaitu dengan lebih daripada 23 juta penganut. Sikhisme berasal daripada perkataan sikh yang dating daripada kata dasar śiṣya dalam bahasa Sanskrit, yang bermakna ‘murid’ atau ‘pelajar’ atau śikṣa yang bermaksud ‘arahan’.

Budaya Material

Pakaian
Pakaian bagi masyarakat Sikh ialah serban bagi kaum lelaki dan Punjab bagi kaum wanita.Pemakaian serban juga ada beberapa jenis ikatan dan menggunakan pelbagai warna. Kainserban yang sangat panjang diperlukan dalam mengikat serban kerana perlu melingkari seluruh kepala.
Wanita pula kelihatan ayu dengan selendang di kepala dan baju Punjabi labuh dengan seluar mengikut bentuk kaki. Corak latar yang digunakan pada pakaian mereka juga tidak keterlaluan dengan warna terang menambahkan lagi kecantikan wanita Sikh yang terkenal dengan hidungnya yang mancung. Pakaian Punjabi juga digunakan khas untuk majlis perkahwinan tetapi dengan corak yang lebih menarik iaitu dipenuhi sulaman manic dan benang emas. Itulah antara kelebihan orang Punjabi kerana kemahiran unik mereka yang terkenal dalam aktiviti menyulam kain dan sulaman mereka yang berkualiti tinggi.



Kesenian dan tarian

Kaum Sikh mempunyai pelbagai jenis tarian dan permainan muzik selain turut menggemari aktiviti permainan tradisional tetapi kebanyakannya berbentuk menguji kekuatan. Kebanyakan alat muzik yang digunakan dalam masyarakat Sikh secara asasnya seperti muzik Punjabi yang mana ia menggunakan banyak alat ketukan iaitu gendang atau rebana yang dikenali sebagai jorri (tabla). Waja (piano kecil) dan table adalah dua alat muzik terpenting dalam masyarakat ini. Muzik Pujabi berirama rancak dan sarat dengan emosi, menceritakan variasi perasaan seperti kegembiraan, keceriaan, kesakitan dan semangat mendalam.
Lazimnya apabila kita melihat tarian dalam filem Hindi, ramai mengaitkannya dengan bhangra dan realitinya itulah ‘Raja Tarian’ dalam masyarakat Sikh kerana sehingga kini ia antara satu daripada tarian yang masih digunakan secara meluas malah sudah ada yang memodenkan gaya tarian dan irama lagunya seperti yang digerakkan kumpulan muzik popular kaum Sikh iaitu Gold kartz.
Bhangra membabitkan ramai penari lelaki dan wanita kebiasaannya melebihi enam  orang dengan menggunakan pakaian berlainan warna untuk menaikkan seri dalam rentak tarian itu yang memerlukan tenaga tinggi penarinya kerana pergerakannya yang sangat pantas dan lincah.



Budaya Bukan Material

Kepercayaan

Kepercayaan utama orang Sikh ialah keyakinan dalam  WAHEGURU iaitu Tuhan Universal yang digambarkan menggunakan symbol suci  ēkōaṅkār. Sikhis memenggalakkan meditasi yang berdisiplin di bawah nama dan mesej Tuhan untuk memperoleh keselamatan. Agama ini juga menggambarkanTuhan melalui konsep yang tidak mengandungi antropomofisme (pemberian sifat manusia kepada dewa- dewa).



Hari hari keagamaan

Agama Sikh bukan sahaja berbangsa Punjabi malah sesiapa yang mampu membaca dan memahami isi kandungan Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kodamalan Sikh boleh menganut agama ini. Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanchaar yang bermula dengan lima khalsa memohon supaya seseorang itu dimasukkan ke dalam persatuan atau ‘brotherhood’ khalsa. Selepas itu, mereka yang ingin memasuki agama ini harus minum air ‘Amrit’ iaitu sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan. Semasa digaul, kelima- lima khalsaini akan membaca lima Banis yang suci iaitu Jap Sahib, Japji Sahib, Tay Prasaad Seveiye, Benti Chaupai dan Anand Sahib.


Air ini samalah seperti air baptisme dalam agama Kristian. Pertamanya, air dituang ketelapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang masuk agama ini. Kemudian air direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka. Akhirnya setiap calon minum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.


Adat dan Resam


    * Perkahwinan

 Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh. Perkahwinan dalam masyarakat Sikh dimestikan kerana cara hidup berkeluarga atau grihastha srama dalah cara hidup yang paling utama dan semulajadi sifatnya. Bagi orang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogamy iaitu tidak berkahwin lebih dari seorang isteri.


Dalam agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Namun penceraian masih boleh berlaku di mahkamah sivil. Perkahwin antara individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau endogamy dilarang atau tidak digalakkan. Olehitu, pemilihan menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing- masing. 





Mengikut adat perkahwinan kaum Sikh, pihak wanita akan mengeluarkan belanja yang banyak bukan sekadar membayar dowri(hantaran) tetapi juga perlu menyediakan cincin emas bukan sahaja untuk pengantin lelaki bahkan untuk ibu bapa pengantin lelaki juga. Menjadi kebiasaan keluarga pengantin perempuan perlu menyediakan set bilik tidur, set sofa dan barang dapur untuk melengkapi rumah pengantin. 



ETNIK SERANI

Pengenalan

Etnik serani merupakan bangsa yang lahir dari proses asimilasi iaitu proses penyatuan dan percantuman antara kumpulan etnik Melayu tempatan dan tentera Portugis pada abad ke – 16. Etnik serani ini makin berkembang selepas bangsa berketurunan Portugis menawan Melaka pada 1511. Pada ketika itu, kebanyakan masyarakat serani tinggal di persisiran pantai dalam kawasan perbandaran Melaka.



Budaya Material




  • ·         Etnik Serani banyak mengamalkan bahasa mereka iaitu Kristang. Ia merupakan bahasa dan dialek Melaka- Melayu Portugis, di mana bahasa Melayu telah mengambil beberapa perkataan daripada bahasa Kristang dan diamalkan di dalam bahasa Melayu sendiri. Contohnya, keju berasal dari perkataan Queijo.


  •      Tarian Jingli Nona. Ia merupakan tarian tradisional masyarakat Portugis sendiri dan telah diserap masuk di dalam masyarakat Melayu melalui perkahwinan campur ini, justeru, mewujudkan etnik serani di Malaysia. Tarian ini akan diadakan apabila masyarakat ini menyambut pesta San Pedro.







  • ·         Makan seperti orang Melayu. contohnya, makan dengan tangan, makan belacan, cencaluk, rempah ratus dan nasi sebagai makanan ruji.

  • ·         Mempunyai pakaian tradisional iaitu cabaia dan saia iaitu pakaian pengantin wanita. Kedua pakaian ini hampir mirip dengan pakaian masyarakat Melayu iaitu kebaya labuh dan kain sarung sutera berwarna putih.



Budaya Non- Material
  • ·       Kaum wanita dilarang berlayar menaiki kapal. Etnik serani ini percaya jika kaum wanita pergi berlayar menaiki kapal, nescaya, mereka akan membawa nasib yang malang kepada seluruh seisi kapal tersebut.
  • ·     Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, kebanyakan etnik serani ini beragama Kristian Katolik. Namun begitu, setelah berdekad tinggal di tanah Melayu, ramai di antara mereka yang telah berjaya memeluk agama Islam dan mengamalkan cara hidup kaum Melayu di Malaysia.
  • ·       Mempunyai kepercayaan Arge Noiba iaitu mencium tangan kedua-dua ibu bapa dan seluruh kaum keluarga yang lain sebelum berangkat pergi ke gereja.
  •     Adat tradisional Noiba Missa. Ia merupakan adat di mana kaum lelaki akan pergi ke gereja terlebih dahulu, dan kemudian diikuti oleh kaum wanita. Di gereja, kaum lelaki akan setia menanti kaum wanita.



No comments:

Post a Comment