Monday, 12 December 2016

Kerja Mingguan Minggu ke - 9

1)  Analisakan setakat mana keupayaan rakyat Malaysia dapat menghadapi 9 Cabaran Wawasan 2020.
            Bagi pendapat saya, cabaran yang pertama iaitu mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu sebenarnya hampir dicapai oleh rakyat Malaysia. Contoh boleh dilihat dengan keakraban tok nenek moyang kita dengan rakan-rakan mereka yang berbeza bangsa dan agama. Sehinggakan hari ini,mereka masih saling menziarahi apabila terdapat sambutan perayaan. Namun, perkara ini kian berubah seperti yang kita dapat lihat sekarang ini. Tidak cukup lagi dengan isu Bersih, kini muncul pula Merah dan Oren. Perkara ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia semakin berpecah belah. Setiap kaum ada sahaja isu yang hendak dtimbulkan serta mengutuk kaum lain sedangkan apa yang patut mereka lakukan adalah menerima segala kekurangan dan kelebihan setiap kaum. Dengan itu, barulah Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu.
            Cabaran yang kedua ialah mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju. Sukar untuk saya ulaskan perkara ini kerana saya sendiri tidak berasa tenteram dengan keadaan di negara ini. Ya, Alhamdulillah negara kita tidak terlibat dalam mana-mana peperangan, namun masih terdapat banyak aktiviti jenayah yang berlaku di luar sana. Setiap hari ada sahaja berita tentang penculikan kanak-kanak, ahli keluarga saling berbunuhan, belum lagi berita mengenai mengerat dan memotong anggota badan mangsa. Oleh itu, boleh dikatakan secara dasarnya negara kita masih belum mampu cabaran yang keduanya.
      Secara praktikalnya, kita telah mencapai cabaran yang ketiga ini iaitu mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik. Contohnya adalah apabila kita mengamalkan sistem pengundian dalam Pilihan Raya. Namun, majoriti bukanlah kebenaran. Terdapat beberapa isu yang timbul ketika Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu ‘undi hantu’ tetapi wallahualam kerana tiada penjelasan yang munasabah bagi menyelesaikan isu ini. Kesimpulannya, banyak lagi perkara yang perlu dilakukan daripada pelbagai aspek bagi mengatasi cabaran yang satu ini.
      Cabaran yang seterusnya ialah membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya. Sesungguhnya, negara kita boleh dikatakan negara yang telah mencapai negara yang maju dan bertamadun. Tetapi apabila difikirkan secara logiknya, adakah setiap individu di negara ini telah mencapai tahap pemikiran dan perlakuan yang boleh dikatakan maju dan bertamadun? Sekiranya ya, meengapa masih ada aktiviti-aktiviti jenayah yang berleluasa yang perlakuannya boleh dikatakan datangnya bukan dari pemikiran serta perlakuan seorang manusia? Jadi bolehlah direnung-renungkan adakah rakyat Malaysia telah berjaya menghadapi cabaran ini secara sepenuhnya.
      Mewujudkan masyarakat yang bersifat liberal dan bertolak ansur merupakan cabaran rakyat Malaysia yang seteusnya bagi menghadapi Wawasan 2020. Perkara ini boleh dikatakan 75 peratus telah dicapai kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, bangsa dan agama namun masih terbentunya sebuah negara. Malah rakyat dari negara lain juga memandang tinggi dengan pencapaian negara kita walaupun terdiri daripada berbilang kaum. Apa yang membimbangkan adalah telah bermulanya perbalahan yang mampu memecahbelahkan setiap kaum di negara ini.
      Seterusnya ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif. Tidak dinafikan rakyat negara kita sememangnya mengikuti perkembangan teknologi dan sedikit sebanyak ada yang menyumbang ke arah perkembangan teknologi ini. Perkara ini menunjukkan rakyat negara ita mampu duduk sama randah dan berdiri sama tinggi dari negara-negara maju seperti Japan dan Amerika Syarikat. Namun, tidak dinafikan juga kerana perkembangan teknologi, berkurangnya hubungan sosial antara masyarakat. Boleh dilihat di kedai-kedai makan, pasti akan ada salah seorang di antara mereka yang kelihatan taksub dengan teknologi yang ada di tangan mereka itu.
      Cabaran yang ketujuh ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Berbalik kepada aktiviti jenayah yang berleluasa di negara ini, adakah kita benar-benar telah menghadapi cabaran ini sepenuhnya? Jenayah pemerdagangan manusia, anggota badan dan bayi kini tidak asing lagi di kaca televisyen. Hampir setiap minggu pasti terdapat kes-kes yang serupa. Tidak lupa juga kes dadah serta rasuah yang kini sangat jelas namun hanya dipandang sebelah mata padahal ini adalah akar kepada pelbagai jenayah lain. Justeru, pihak berwajib hendaklah lebih tegas dan berani melaksanakan tugas mereka.
      Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama adalah cabaran seterusnya yang perlu dihadapi negara Malaysia ke arah Wawasan 2020. Terdapat pelbagai perkara yang diusahakan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan seperti Dasar Ekonomi Baharu dan subsidi dari pelbagai bentuk juga diberi kepada rakyat Malaysia. Hal ini adalah sesuatu perkara yang bagus namun masih ada perkara yang menjadi punca rakyat Malaysia berasa kurang berpuas hati dengan kepimpinan di Malaysia. Harapnya, pada suatu hari nanti ada penjelasan bagi segala perkara yang menjadi punca keraguan rakyat Malaysia.
      Cabaran yang terakhir ialah mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan. Masyarakat makmur bererti masyarakat yang berada pada tahap ekonomi yang sangat baik. Suatu ketika dahulu, negara kita pernah menghadapi krisis kewangan namun berjaya dicantas, kini kelihatannya sejarah akan berulang kalau pihak yang berwajib tidak memulakan langkah-langkah pencegahan. Dari segi positifnya, ramai rakyat Malaysia tidak kira pelbagai kaum mula sedar dengan ekonomi negara kita dan mula mengambil inisiatif sendiri. Kesimpulannya, harapnya negara kita mampu kekal menjadi sebuah negara yang makmur.

         
2)  Isu semasa : Pertumbuhan dan pembahagian ekonomi yang adil dalam masyarakat.

Isu kemiskinan yang masih timbul di negara ini jelas menunjukkan bahawa pengagihan hasil ekonomi negara yang tidak adil dalam kalangan rakyat ataupun, sesetengah hasil pertumbuhan yang tidak sampai ketangan rakyat. Hal ini berlaku kerana ada berkemungkinan berlaku apabila ada sesetengah masyarakat yang rumah kediamannya terletak jauh ke pedalaman sehingga menyebab kesukaran untuk berhubung dengan dunia luar. Contohnya, penduduk di Sabah masih ramai yang tinggal di kawasan-kawasan bukit dan hutan tebal, di mana sukar untuk mereka berkomunikasi dengan luar. Di samping itu, taraf pendidikan yang rendah dalam masyarakat Sabah yang tinggal di pedalam, mereka umpama hidup seperti katak di bawah tempurung dan ini merupakan salah satu penyebab di mana pembahagian ekonomi tidak adil kerana mereka tidak menuntut hak yang sewajarnya mereka dapat. 

             Seterusnya, pembahagian ekonomi yang adil dalam kalangan rakyat bukan sahaja mampu meningkatkan prestasi ekonomi negara, malahan, ianya juga mampu membuka peluang kerja secara meluas dalam kalangan rakyat di negara ini, dengan itu, kadar pengangguran juga boleh dikurangkan. Justeru, pokok pangkalnya, kerajaanlah yang berperanan untuk memastikan segala hasil pertumbuhan ekonomi di negara ini dapat di diagihkan secara adil dan saksama.



3) Ciri-ciri politik yang stabil


  • Pemimpin yang bertanggungjawab - Sebuah negara yang mempunyai pemimpin yang bertanggungjawab dan berintegriti merupakan antara faktor politiknya stabil. Nilai ini akan membuat rakyat percaya kepada kepimpinannya.
  • Keupayaan pemimpin dalam memimpin - Pemimpin dalam politik yang stabil mampu menyelesaikan masalah yang timbul di dalam negara, walaupun masalah baru yang tidak pernah dialami.
  • Integrasi kaum pelbagai bangsa - Negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan seluruh masyarakat itu berintegrasi dan saling terima-menerima seperti tiada perbezaan di antara mereka.
  • Amalan demokrasi - Suara rakyat dapat didengari menerusi demokrasi dalam pilihanraya. Segala ketidakpuasan hati atau tidak bersetuju dengan kepimpinan sedia ada akan diundi untuk ditukar kepada yang lebih baik.

Link Youtube

Mengenali dan Memulihara Alam Sekitar Flora dan Fauna

https://youtu.be/9h8HY9z6blE

Saturday, 10 December 2016

Kerja Mingguan Minggu ke - 8

1) Nilaikan ekonomi Malaysia




Hutang negara

2013 – RM 284.7 billion
2014 – RM 763 billion
2015- RM 582 billion
Awal 2016 – RM 630.5 billion

Secara rawaknya, hutang negara meningkatkan dari tahun ke tahun mengakibatkan kestabilan negara terjejas. Salah satu sebab utama hutang negara meningkatkan ialah akibat kegawatan ekonomi.

Keluaran dalam negara kasar antara negara
 (2014 hingga awal tahun 2015)
NEGARA
2014 (%)
AWAL 2015 (%)
RR CHINA
7.4
6.8
INDIA
5.8
6.3
FILIPINA
6.1
6.4
INDONESIA
5.0
5.6
MALAYSIA
6.0
5.5
THAILAND
0.7
4.0
KOREA
3.3
3.8
CHINA TAIPEI
3.7
3.6
HONG KONG SAR
2.3
3.2
SINGAPURA
2.9
3.5

Berdasarkan jadual di atas, negara Malaysia adalah antara negara yang mempunyai peratusan KDNK yang tinggi dikalangan negara di Asia Tenggara.


Kadar kemiskinan negara pada tahun (1997-2012)

TAHUN
BANDAR
LUAR BANDAR
1970
24.6
58.6
1980
17.5
45.8
1990
7.5
21.8
1999
3.3
14.8
2002
2.3
13.5
2004
2.5
11.9
2007
2.0
7.1
2008
2.0
7.7
2009
1.7
8.4
2012
1.0
3.4


2) Adakah Zakat bertujuan untuk membasmi kemiskinan??


Zakat mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi kemiskinan dan menjamin keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui mekanisma agihan semula kekayaan dalam masyarakat.Zakat merupakan suatu pendapatan yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa dilaksanakan oleh sesebuah negara Islam dan ianya tidak akan terhenti. Oleh itu, negara Islam dapat menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan ekonomi, sosial, pendidikan dan akhirnya dapat membina kekuatan Umat Islam secara tidak langsung membina kesatuan Ummah yang jitu. Masalah membasmi kemiskinan merupakan tujuan utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan saraan hidup dan modal yang mencukupi bagi golongan yang layak menerimanya. 

     Walaubagaimanapon di Malaysia,zakat ianya sekadar untuk menolong individu tertentu yang layak untuk merimanya demi kelangsungan (survival) hidupnya dan bukanlah untuk mereka menjauhi dari dibelenggu kemiskinan. Hal ini kerana zakat bukan 100% untuk orang fakir dan miskin.Orang-orang yang layak unrtuk menerima zakat ialah golongan asnaf,orang yang sedang menuntut ilmu, musafir,mualaf dan amil zakat. 

3) Penambahbaikan keadaan sekarang mengikut cara Pembangunan Rasulullah SAW 

Cara pembangunan yang dijalankan oleh Rasulullah SAW, ialah pembangunan cara Islam yang terbaik kerana segala jenis pembangunan yang dijalankan mempunyai tujuan yang mendatangkan kebaikan kepada ummah sejagat dan cara tersebut disampaikan secara langsung daripada Allah SWT. Jadi, pembangunan atau modenisasi dapat definasikan sebagai pembangunan modal insan yang mencakupi aspek pembangunan rohai, spiritual dan material. Walaupun material iaitu kekayaan harta – benda di dunia yang bersifat sementara, Islam menekankan supaya kekayaan serta pembangunan material digunakan sebaik mungkin supaya dapat memberi manfaat kepada manusia dunia dan akhirat. Jadi, untuk menjalankan pembangunan yang diredhai dan dirahmati Allah SWT, setiap individu hendaklah memastikan semangat kearah modenenisasi (material) itu seiring dengan pembangunan rohani, dan spiritual 

Dengan mencontohi cara pembangunan Rasulullah SAW, kita boleh melakukan perubahan dari segi politik. Menurut Abbas Bin Aqqad seorang journalis dari Jordan, mengatakan bahawa penaklukan Muhammad merupakan penaklukan keimanan dan kekuatan Muhammad itu ialah kekuatan keimanan baginda. Apa yang dapat disampaikan disini ialah keimanan Rasulullah SAW begitu kuat sehingga kan penaklukan baginda di kawasan sekitar Kota Mekah merupakan penaklukan yang bertujuan untuk menyebarkan Islam. Selain itu, semasa berpolitik dalam menyebarkan Islam di Kota Mekah  Rasulullah SAW telah didatangi seorang pemuda Quraisy bernama Atabah bin Rabiah yang menggoda baginda dengan kenikmatan dunia seperti harta, pangkat, darjat dan wanita. Tetapi dengan tenang Rasulullah SAW menjawab bahawa mustahil baginya meninggalkan misi kenabian yang suci hanya kerana fitnah duniawi yang murah. Apa yang dapat diaplikasi disini ialah sebagai seorang pemimpin, kita hendaklah memastikan apa yang kita lakukan itu mestilah membawa kebaikan kepada orang lain tidak kira untuk didunia ataupun akhirat. Dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri teladan, pemimpin hendaklah bersifat jujur dan berintegriti dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin. Mereka hendaklah mengelakkan rasuah yang akan menjatuhkan negara sendiri demi kesenangan individual. Jika rasuah berleluasa dalam politik sesebuah negara maka, sukar bagi sesebuah negara itu untuk maju dan membangun dari segi material yang seiring dengan rohani dan spiritual. Jikalau sesebuah negara itu maju, kekayaan negara tersebut hanya akan dapat dirasai oleh sesebuah golongan sahaja kerana masalah yang berleluasa. Oleh itu, dengan mengikut cara Rasulullah SAW berpolitik, masalah seperti rasuah dapat dielakkan dan negara dapat membangun dengan jayanya.

Selain itu, pembangunan zaman sekarang dapat ditambah-baikan dengan mengikut cara pendidikan ketika di zaman Rasulullah SAW. Ketika dizaman Rasulullah SAW, baginda sangat menekankan pendidikan dari segi aqidah, syariah dan akhlak. Aqidah bertujuan untuk menanam keimanan dengan padu di dalam hati. Akhlak pula bertujuan untuk mengajar umatnya bersifat kemasyarakatan. Manakala syariah pula berkaitan dengan ketetapan yang Allah perintahkan kepada hamba – hambaNya seperti solat, haji dan zakat. Selain itu, Rasulullah SAW juga menyeru umatnya untuk mempelajari bidang pendidikan yang lain seperti mempelajari bahasa asing, membaca dan penulisan, dan pendidikan fizikal. Rasulullah SAW menekankan tiga aspek utama iaitu aqidah, syariah dan akhlak ini berbanding aspek yang lain kerana baginda hendak memastikan umatnya melahirkan insan yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan melalui bimbingan agama, akhlak, akal, emosi dan kemahiran. Kita dapat mengaplikasikan cara pendidikan Rasulullah SAW dalam menambah-baik situasi zaman sekarang. Jika hendak dibandingkan antara sistem pendidikan sekarang dan sistem pendidikan zaman Rasulullah SAW, sistem pendidikan sekarang lebih menekankan subjek berkaitan fardhu kifayah manakala fardhu ain dipandang enteng dan asal mengikut syarat sahaja. Untuk melahirkan sebuah negara membangun yang seiring dengan rohani, spiritual yang sihat, kita hendaklah mengutamakan pendidikan yang dapat melahirkan generasi yang berhati mulia, berintegriti dan bertanggungjawab. Pendidikan seperti ini hendaklah diterapkan didalam minda anak muda seawal usia yang mungkin. Seiring dengan pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini bertujuan untuk ketika mereka dewasa nanti, segala ilmu fardhu kifayah yang dipelajari dapat dilihat dari sudut dan perspektif yang mengagungkan kebesaran Allah SWT. Saya yakin generasi seperti ini dapat memperbaiki dunia yang semakin liberal dan mementingkan pembangunan material sahaja. 

Akhir sekali, kita boleh mengikut cara pembangunan ekonomi Rasulullah SAW, saya yakin ini akan membantu menambahbaikan keadaan zaman sekarang. Seperti yang kita tahu Rasulullah SAW terkenal dengan panggilan Al – Amin oleh kerana sikap baginda yang sangat jujur ketika berniaga. Selain itu, ketika baginda menjadi pemimpin,  Rasulullah SAW menjalankan sistem ekonomi yang berdasarkan syariat islam dan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasul. Menurut Al – Quran, ketika terlibat dalam urusan ekonomi kita hendaklah menetapkan komitmen yang tinggi terhadap etika dan norma. Dan setiap daripadanya hendaklah adil dan kesaksamaan. Setiap kegiatan yang dilakukan hendaklah berkonsepkan maslahat dan berpandukan ukhuwah islamiyah. Kita boleh mengaplikasikan cara Rasulullah SAW berekonomi pada zaman sekarang. Sebagai contoh masyarakat yang berkuasa banyak mengambil kesempatan dengan bersikap kronisme dimana mereka hanya memberi peluang berniaga kepada pihak tertentu sahaja. Ini sudah menunjukkan bahawa berlakunya ketidakadilan dan diskriminasi terhadap pihak yang lain. Malahan, perkara ini akan memberi impak yang besar kepada negara kerana negara yang membangun datang daripda rakyat sejagat yang maju dan membangun. Jika kekayaan negara hanya dimiliki oleh sesetangah pihak, bagaimana sesebuha negara itu hendak membangun.  Hal ini tidak akan berlaku jika kita mengamalkan cara Rasulullah SAW dalam berekonomi, bersikap adil dalam setiap perkara dan mementingkan kemakmuran sejagat lebih daripada memuaskan nafsu sendiri. 

Konklusinya, kita hendaklah mencontohi cara Rasulullah SAW dalam setiap perkara. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW itu diwahyukan oleh Allah SWT. Kita juga sedia maklum bahawa apa yang diperintahkan oleh Allah SWT itu memberi kebaikan kepada semua golongan tidak kira pangkat, darjat atau kekayaan.