1) Analisakan setakat mana keupayaan rakyat Malaysia dapat menghadapi 9 Cabaran Wawasan 2020.
2) Isu semasa : Pertumbuhan dan pembahagian ekonomi yang adil dalam masyarakat.
Bagi pendapat saya, cabaran yang pertama iaitu mewujudkan
sebuah negara yang bersatu padu sebenarnya hampir dicapai oleh rakyat Malaysia.
Contoh boleh dilihat dengan keakraban tok nenek moyang kita dengan rakan-rakan
mereka yang berbeza bangsa dan agama. Sehinggakan hari ini,mereka masih saling
menziarahi apabila terdapat sambutan perayaan. Namun, perkara ini kian berubah
seperti yang kita dapat lihat sekarang ini. Tidak cukup lagi dengan isu Bersih,
kini muncul pula Merah dan Oren. Perkara ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia
semakin berpecah belah. Setiap kaum ada sahaja isu yang hendak dtimbulkan serta
mengutuk kaum lain sedangkan apa yang patut mereka lakukan adalah menerima
segala kekurangan dan kelebihan setiap kaum. Dengan itu, barulah Malaysia mampu
menjadi sebuah negara yang bersatu padu.
Cabaran yang kedua ialah mewujudkan sebuah negara yang
berjiwa bebas, tenteram dan maju. Sukar untuk saya ulaskan perkara ini kerana
saya sendiri tidak berasa tenteram dengan keadaan di negara ini. Ya, Alhamdulillah
negara kita tidak terlibat dalam mana-mana peperangan, namun masih terdapat
banyak aktiviti jenayah yang berlaku di luar sana. Setiap hari ada sahaja
berita tentang penculikan kanak-kanak, ahli keluarga saling berbunuhan, belum
lagi berita mengenai mengerat dan memotong anggota badan mangsa. Oleh itu,
boleh dikatakan secara dasarnya negara kita masih belum mampu cabaran yang
keduanya.
Secara praktikalnya, kita telah
mencapai cabaran yang ketiga ini iaitu mewujud dan membangunkan masyarakat
demokratik. Contohnya adalah apabila kita mengamalkan sistem pengundian dalam
Pilihan Raya. Namun, majoriti bukanlah kebenaran. Terdapat beberapa isu yang
timbul ketika Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu ‘undi hantu’ tetapi wallahualam kerana tiada penjelasan yang
munasabah bagi menyelesaikan isu ini. Kesimpulannya, banyak lagi perkara yang
perlu dilakukan daripada pelbagai aspek bagi mengatasi cabaran yang satu ini.
Cabaran yang seterusnya ialah membentuk
masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya. Sesungguhnya, negara kita
boleh dikatakan negara yang telah mencapai negara yang maju dan bertamadun. Tetapi
apabila difikirkan secara logiknya, adakah setiap individu di negara ini telah
mencapai tahap pemikiran dan perlakuan yang boleh dikatakan maju dan bertamadun?
Sekiranya ya, meengapa masih ada aktiviti-aktiviti jenayah yang berleluasa yang
perlakuannya boleh dikatakan datangnya bukan dari pemikiran serta perlakuan
seorang manusia? Jadi bolehlah direnung-renungkan adakah rakyat Malaysia telah
berjaya menghadapi cabaran ini secara sepenuhnya.
Mewujudkan masyarakat yang bersifat
liberal dan bertolak ansur merupakan cabaran rakyat Malaysia yang seteusnya
bagi menghadapi Wawasan 2020. Perkara ini boleh dikatakan 75 peratus telah
dicapai kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, bangsa
dan agama namun masih terbentunya sebuah negara. Malah rakyat dari negara lain
juga memandang tinggi dengan pencapaian negara kita walaupun terdiri daripada
berbilang kaum. Apa yang membimbangkan adalah telah bermulanya perbalahan yang
mampu memecahbelahkan setiap kaum di negara ini.
Seterusnya ialah mewujudkan masyarakat
yang saintifik dan progresif. Tidak dinafikan rakyat negara kita sememangnya mengikuti
perkembangan teknologi dan sedikit sebanyak ada yang menyumbang ke arah
perkembangan teknologi ini. Perkara ini menunjukkan rakyat negara ita mampu
duduk sama randah dan berdiri sama tinggi dari negara-negara maju seperti Japan
dan Amerika Syarikat. Namun, tidak dinafikan juga kerana perkembangan
teknologi, berkurangnya hubungan sosial antara masyarakat. Boleh dilihat di
kedai-kedai makan, pasti akan ada salah seorang di antara mereka yang kelihatan
taksub dengan teknologi yang ada di tangan mereka itu.
Cabaran yang ketujuh ialah mewujudkan
masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Berbalik kepada aktiviti jenayah yang
berleluasa di negara ini, adakah kita benar-benar telah menghadapi cabaran ini
sepenuhnya? Jenayah pemerdagangan manusia, anggota badan dan bayi kini tidak
asing lagi di kaca televisyen. Hampir setiap minggu pasti terdapat kes-kes yang
serupa. Tidak lupa juga kes dadah serta rasuah yang kini sangat jelas namun
hanya dipandang sebelah mata padahal ini adalah akar kepada pelbagai jenayah
lain. Justeru, pihak berwajib hendaklah lebih tegas dan berani melaksanakan
tugas mereka.
Memastikan masyarakat yang adil dalam
bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara
secara adil dan saksama adalah cabaran seterusnya yang perlu dihadapi negara
Malaysia ke arah Wawasan 2020. Terdapat pelbagai perkara yang diusahakan oleh
kerajaan untuk membasmi kemiskinan seperti Dasar Ekonomi Baharu dan subsidi
dari pelbagai bentuk juga diberi kepada rakyat Malaysia. Hal ini adalah sesuatu
perkara yang bagus namun masih ada perkara yang menjadi punca rakyat Malaysia
berasa kurang berpuas hati dengan kepimpinan di Malaysia. Harapnya, pada suatu
hari nanti ada penjelasan bagi segala perkara yang menjadi punca keraguan
rakyat Malaysia.
Cabaran yang terakhir ialah mewujudkan masyarakat
makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya
tahan. Masyarakat makmur bererti
masyarakat yang berada pada tahap ekonomi yang sangat baik. Suatu ketika
dahulu, negara kita pernah menghadapi krisis kewangan namun berjaya dicantas,
kini kelihatannya sejarah akan berulang kalau pihak yang berwajib tidak
memulakan langkah-langkah pencegahan. Dari segi positifnya, ramai rakyat
Malaysia tidak kira pelbagai kaum mula sedar dengan ekonomi negara kita dan
mula mengambil inisiatif sendiri. Kesimpulannya, harapnya negara kita mampu
kekal menjadi sebuah negara yang makmur.
2) Isu semasa : Pertumbuhan dan pembahagian ekonomi yang adil dalam masyarakat.
Isu kemiskinan yang masih timbul di negara ini jelas menunjukkan bahawa pengagihan hasil ekonomi negara yang tidak adil dalam kalangan rakyat ataupun, sesetengah hasil pertumbuhan yang tidak sampai ketangan rakyat. Hal ini berlaku kerana ada berkemungkinan berlaku apabila ada sesetengah masyarakat yang rumah kediamannya terletak jauh ke pedalaman sehingga menyebab kesukaran untuk berhubung dengan dunia luar. Contohnya, penduduk di Sabah masih ramai yang tinggal di kawasan-kawasan bukit dan hutan tebal, di mana sukar untuk mereka berkomunikasi dengan luar. Di samping itu, taraf pendidikan yang rendah dalam masyarakat Sabah yang tinggal di pedalam, mereka umpama hidup seperti katak di bawah tempurung dan ini merupakan salah satu penyebab di mana pembahagian ekonomi tidak adil kerana mereka tidak menuntut hak yang sewajarnya mereka dapat.
Seterusnya, pembahagian ekonomi yang adil dalam kalangan rakyat bukan sahaja mampu meningkatkan prestasi ekonomi negara, malahan, ianya juga mampu membuka peluang kerja secara meluas dalam kalangan rakyat di negara ini, dengan itu, kadar pengangguran juga boleh dikurangkan. Justeru, pokok pangkalnya, kerajaanlah yang berperanan untuk memastikan segala hasil pertumbuhan ekonomi di negara ini dapat di diagihkan secara adil dan saksama.
3) Ciri-ciri politik yang stabil
- Pemimpin yang bertanggungjawab - Sebuah negara yang mempunyai pemimpin yang bertanggungjawab dan berintegriti merupakan antara faktor politiknya stabil. Nilai ini akan membuat rakyat percaya kepada kepimpinannya.
- Keupayaan pemimpin dalam memimpin - Pemimpin dalam politik yang stabil mampu menyelesaikan masalah yang timbul di dalam negara, walaupun masalah baru yang tidak pernah dialami.
- Integrasi kaum pelbagai bangsa - Negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan seluruh masyarakat itu berintegrasi dan saling terima-menerima seperti tiada perbezaan di antara mereka.
- Amalan demokrasi - Suara rakyat dapat didengari menerusi demokrasi dalam pilihanraya. Segala ketidakpuasan hati atau tidak bersetuju dengan kepimpinan sedia ada akan diundi untuk ditukar kepada yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment