Assalamualaikum w.b.t
Refleksi Individual Terhadap Pembelajaran Minggu ke-3
Najiha Nisa Binti Mohd Nor Shuhaimi ; AC2204D ; 2015137021
Pada hari ini (27 Sept 2016) saya telah mempelajari bahawa setiap pertelingkahan yang timbul diantara dua individu, tidak akan ada diantara mereka yang akan menang. Berdasarkan ilmu yang saya pelajari pada hari ini, setiap pertelingkahan yang timbul menjadi kemenangan besar untuk syaitan. Ini kerana, syaitan laknatullah telah berjaya memecah - belahkan umat manusia seperti apa yang dijanjikan mereka ketika dihalau keluar daripada syurga. Maka dengan itu saya berazam untuk banyak bersabar dan cuba mengelak daripada terlibat dalam apa - apa pertelingkahan. Jika ada perselisihan faham, saya akan cuba berbincang dengan cara yang yang baik dan beradab.
*
Nur Aida Syakila Binti Mohamed Abdul Fatah ; AC2204D ; 2015126069
Pada hari ini (27 Sept 2016) saya telah mempelajari mengenai pentingnya seorang hamba mematuhi dan menuruti segala perintah Allah SWT untuk mendapat keredhaan-Nya di hari akhirat kelak. Sesungguhnya segala amalan yang kita lakukan di muka bumi ini hendaklah berlandaskan ajaran Islam dan melakukan nya kerana niat untuk beribadah kepada Allah SWT. Dengan adanya ilmu ini dapatlah saya mempraktikannya didalam masyarakat untuk menjadikan masyarakat hidup dengan harmoni. Saya sebagai salah seorang daripada anggota masyarakat berazam untuk sentiasa bersangka baik dengan setiap yang berlaku di sekeliling saya dan saya juga akan mengamalkan sikap positif yang mampu merapatkan lagi hubungan persaudaraan antara masyarakat yang terdiri daripada pelbagai jenis etnik, budaya, dan agama, Menurut kefahaman saya, sesebuah masyarakat itu akan terus harmoni selagi ilmu agama yang kuat kekal terpasak didalam diri seseorang itu dan menjauhi sikap prejudis yang mampu meruntuhkan bukan sahaja masyarakat malah sesebuah negara itu juga.
TERIMA KASIH
*
Noor Aisyah bt Rosdi ; AC2204D ; 2015182443
Pada hari ni bertarikh (27 Sept 2016) saya mempelajari tentang perjanjian iblis bersama Allah SWT. Dalam kisah itu menunjukkan sikap biadap iblis terhadap Allah SWT kerana Allah menghukumnya kerana iblis tidak mahu sujud kepada Nabi adam. Kedua, saya juga mempelajari manusia sudah bermasyarakat sejak dari alam roh lagi. Selain daripada itu, saya juga belajar yang sebagai manusia kita tidak perlu bersikap prejudis, diskriminasi dan streotaip terhadap individu dan masyarakat yang berlainan agama ataupun bangsa. Antara pandangan positif yang saya pelajari di kelas ialah akomodasi, akulturasi dimana sesuatu kaum sedar akan perbezaan budaya antara kaum dan menerima perbezaan itu dengan tidak menghilangkan identity sebenar mereka. Seterusnya ialah asimilasi iaitu percantuman dan pernyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk kelompok yang baru dan amalgamasi pula proses yang terjadi apabila budaya bercampur untuk membentuk jenis budaya baru.
Oleh itu, berdasarkan pembelajaran yang pertama saya berazam untuk tidak mencontohi sikap-sikap iblis dan berazam untuk menjadi individu yang bertauhid agak dapat dielakkan dari hasutan syaitan. Kedua, saya berazam untuk tidak bersikap prejudis, diskriminasi dan streotaip terhadap bangsa lain dan inidividu lain. Ketiga, saya berazam berusaha untuk sentiasa mempunyai pandangan positif terhadap perbezaan agama ataupun budaya antara semua bangsa di Malaysia.
TERIMA KASIH
*
FARAH HANUM BINTI MD ISA ; AC2204D ; 2015134779
Pada hari ini (27 Sept 2016 ), saya memperlajari tentang Perjanjian Iblis dengan Allah S.W.T. Perjanjian ini mengenai peristiwa iblis enggan sujud kepada Nabi Adam kerana mereka merasakan mereka lebih mulia daripada manusia ( Nabi Adam) –Iblis dicipta daripada api manakala manusia daripada tanah .Oleh kerana kesombongan iblis itu, Allah murka dan berkata,”Keluarlah engkau dari syurga, maka sejak saat ini engkau adalah mahluk yang terkutuk. Dan ketahuilah sesungguhnya engkau dilaknat hingga hari pembalasan!” . Kemudian Iblis memohon kepada Allah,”Ya Tuhanku, tangguhkanlah hukumanMu padaku sampai pada hari manusia dibangkitkan lagi.” Allahpun mengabulkan permintaan Iblis dengan berkata,”Sesungguhnya engkau termasuk mereka yang diberi tangguh sampai hari yang telah ditentukan.” Selepas itu, iblis berjanji kepada Allah S.W.T untuk membawa manusia ke arah kesesatan, kecuali hamba-hambamNya yang ikhlas (mentauhidkan Allah S.W.T ).
Maka itu ,saya berazam untuk menghakis sikap-sikap negatif (bongkak dan sombong) seperti yang dilakukan oleh iblis untuk mengelakkan kemurkaan Allah S.W.T . Selain itu, saya berazam untuk sentiasa mengingati bahawa Allah S.W.T. Maha Adil terhadap semua makhlukNya (setiap amalan kita akan dibalas di akhirat kelak) .Oleh itu,kita mesti sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. untuk dijauhkan daripada kesesatan iblis.
TERIMA KASIH
*
KHAIRUL BARIYYAH BT MOHAIDIN ; AC2204D ; 2015140761
KHAIRUL BARIYYAH BT MOHAIDIN ; AC2204D ; 2015140761
Pada hari ini (27 Sept 2016) saya telah mempelajari bahawa manusia tidak hanya mula bermasyarakat dari alam dunia ini, sebaliknya dari alam roh lagi, iaitu dari sebelum manusia lahir ke dunia sebagai jasad yang dimasukkan roh oleh Allah. Saya juga mempelajari iblis telah berjanji kepada Allah bahawa dia dan konco-konconya akan menyesatkan umat manusia sehingga ke hari Kiamat. Justeru, segala pergaduhan sesama umat manusia yang terjadi adalah disebabkan oleh manusia yang turut kepada hasutan syaitan yang tidak mahu melihat manusia bersatu padu. Oleh itu saya berazam untuk tidak membiarkan syaitan berjaya dalam menghasut diri saya agar bertelagah sesama manusia kerana ini akan melemahkan sistem masyarakat yang telah wujud sejak dulu kala. Saya berfikiran bahawa jika setiap individu berazam sebegini, semangat kemasyarakatan kita akan lebih utuh. Saya juga berazam untuk cuba bersangka baik dengan manusia dalam setiap situasi kerana alam yang infiniti bukanlah alam dunia, tetapi alam akhirat nanti.
TERIMA KASIH
*
WAN TEH NUR AMIRAH BT WAN NORULIZMAN ; AC2204D ; 2015135455
Pada hari ini (27 Sept 2016) saya mempelajari bahawa dalam kehidupan seseorang itu, ada naik dan turunnya. Seperti yang kita sedia maklum, tidak semua dalam hidup ini indah belaka. Namun, tindakan atau perkara yang kita lakukan memberi sedikit sebanyak pengaruh dalam kehidupan kita. Contohnya, kita boleh tukar sesuatu yang negatif kepada positif dengan cara kita menerima situasi tersebut. Oleh itu, saya berazam untuk sentiasa berfikiran positif dan berfikiran lebih luas. Ada hikmah di sebalik sesuatu perkara mahupun baik atau buruk.
TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment